Jbpm jabatan bomba dan penyelamat
Jbpm jabatan bomba dan penyelamat

Asrama terbakar, 43 pelajar selamat ketika tarawih

Rasyidah Zulkifi
26 Apr 2022 11:18am
A
A
A

Seramai 43 pelajar lelaki Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) Sultan Hishammuddin yang menunaikan solat tarawih terselamat apabila asrama sekolah itu terbakar.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 malam kerana semua penghuni tiada di asrama.

Baca juga

Murid Tahun 6 parah muka dan dada, akui serik main mercun buatan sendiri

Guru dan pelajar, ini kaedah yang sesuai untuk merawat kulit melecur!

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 9.40 malam pihaknya bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, seramai 29 anggota pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP), Kapar, Kota Anggerik, Shah Alam dan Subang menyertai operasi memadam kebakaran.

Kerja-kerja memadam kebakaran sedang dilakukan

“Setibanya di lokasi, didapati asrama di tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan terlibat kebakaran.

“Kebakaran itu melibatkan sebuah bilik namun, semua pelajar berkenaan selamat kerana tiada di lokasi tersebut dan menunaikan solat tarawih.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Anggota kita bersama beberapa jentera kemudian segera memadamkan api yang sedang marak memusnahkan 70 peratus asrama itu,” katanya dalam satu kenyataan, baru-baru ini.

Tambah beliau, kebakaran itu berjaya dikawal pukul 10.09 malam dengan punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok