MEITD Sarawak berusaha memasukkan perkara dipersetujui mengenai autonomi pendidikan ke dalam peraturan dan undang-undang.
MEITD Sarawak berusaha memasukkan perkara dipersetujui mengenai autonomi pendidikan ke dalam peraturan dan undang-undang.

Autonomi pendidikan: Sarawak bakal masukkan perkara dipersetujui dalam perundangan

09 May 2024 01:30pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Sarawak sedang berusaha memasukkan perkara yang dipersetujui mengenai autonomi pendidikan ke dalam peraturan dan undang-undang.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, hal ini penting supaya terdapat pematuhan dan kesinambungan terhadap apa yang telah dipersetujui.

"Sebelum ini kita tahu, jika ada pertukaran menteri atau kerajaan, akan ada perubahan besar dalam dasar dan kami tidak mahu perkara itu berlaku.

"Jadi, kami mengkaji sama ada kami dapat memasukkan perkara ini dalam bentuk peraturan atau pindaan. Kami juga memahami terdapat hal-hal di luar bidang kuasa MEITD, justeru kita akan membawa perkara ini kepada pihak atasan untuk pertimbangan," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ding Kuong Hiing (GPS-Meradong) mengenai status terkini penurunan kuasa autonomi pendidikan kepada Sarawak, pada sesi soal jawab persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Artikel Berkaitan:


Sementara itu, Dr Annuar berkata kerajaan Sarawak telah mengemukakan senarai tuntutan kepada kerajaan Persekutuan sebagai sebahagian daripada rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), yang menyasarkan pada penurunan kuasa dalam pendidikan.

Beliau berkata pelbagai kemajuan telah dicapai dalam rundingan itu termasuk pemberian kuasa kepada Pengarah Pendidikan Sarawak untuk meluluskan projek pembangunan sekolah yang dibiayai kerajaan Sarawak atau pihak lain.

"Dalam kata lain, kelulusan tidak perlu melalui kerajaan Persekutuan lagi, ia akan menambah baik proses dan memudah cara pelaksanaan projek yang dibiayai itu. Banyak projek yang lewat disebabkan oleh birokrasi sebelum ini," katranya. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok