1117030
1117030

Awan Gempita, tampil keunikan warisan sejarah Malaysia-Indonesia

webadmin
06 Jul 2021 04:40pm
A
A
A

TANJONG MALIM - Persatuan Mahasiswa Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah menganjurkan minggu ‘Arungan Warisan Nusantara: Gentayangan Menelusuri Perkembangan Tanah Nusantara’ (Awan Gempita).

Minggu Awan Gempita merupakan program wacana sejarah peringkat antarabangsa dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universitas Negeri Semarang, Universitas Hassanudin Makassar, Universitas Islam Negeri Raden Intan Lampung, dan Pusat Penelitian Arkeologi Nasional Indonesia.

Menurut, Dekan Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Prof. Madya Dr. Mohd Hairy Ibrahim, program ini antara program yang dapat mempromosikan industri pelancongan melalui warisan di Malaysia dan Indonesia bagi Negara Asean dan ia diadakan secara maya.

Katanya lagi, melalui program tersebut masyarakat didedahkan dengan keunikan warisan tempat-tempat bersejarah serta menarik minat masyarakat untuk menghargai sejarah bangsa.

“Program ini merupakan satu insiatif Persatuan Mahasiswa Sejarah UPSI untuk mengangkat martabat sejarah nusantara yang kaya dengan nilai-nilai sejarah dan jarang didedahkan kepada masyarakat serta menarik minat masyarakat untuk menghargai sejarah bangsa.

“Ia juga merupakan siri-siri wacana yang disusun rapi seperti pertandingan poster ‘Permainan Tradisional Warisan Kita’, wacana Sejarah Kerajaan Berkembar Gowa-Tallo, Pembuktian Arkeologi: Hubungan Srivijaya dan Tanah Melayu, Tapak Arkeologi Lembah Bujang: Suatu Manifestasi Kerajaan Melayu Kedah Tua, Wali Songo dan Perkembangan Islam di Nusantara, The Lost Kingdom of Nusantara, dan Kerajaan Awal Sulawesi dan Kaitannya dengan Tanah Melayu,” ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok