
Banjir besar di Paitan, Sabah jejaskan 19 sekolah
Banjir besar di Paitan, Sabah baru-baru ini turut menjejaskan 19 premis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan Bawang K9 yang ditenggelami air sehingga menyebabkan kerosakan harta benda.
Berkongsi detik kejadian, pengawal keselamatan sekolah itu Muksin Majambu, 49, berkata hujan lebat bermula pada malam 18 Februari lepas dan berterusan sehingga keesokan hari.
"Pada subuh itu, saya dan kawan mahu bertugas di kawasan sekolah, jadi kami datang awal...hujan tidak berhenti dan kami jangka juga air naik tetapi tidak sangka banjir besar...sepanjang 11 tahun bekerja di sini, pertama kali saya melihat banjir seteruk ini sehingga tenggelam sekolah.
"Melihat air naik...buku, peralatan sekolah dan benda-benda penting kami pindahkan ke tempat tinggi...pada 12 tengah malam itu, air banjir mulai masuk ke bilik guru...waktu itu, hujan masih berterusan dan air mendadak naik," katanya.
Muksin berkata, dia dan rakannya menggunakan bot untuk menyelamatkan dua guru yang terkandas di kuarters sebelum ke kawasan selamat di masjid pada 4 pagi. - Bernama
Ringkasan AI
- Banjir besar di Paitan, Sabah menjejaskan 19 premis sekolah
- Sekolah Kebangsaan Bawang K9 turut ditenggelami air
- Hujan lebat bermula pada malam 18 Februari dan berterusan sehingga keesokan hari
- Pengawal keselamatan sekolah, Muksin Majambu, menyaksikan banjir teruk pertama kali dalam 11 tahun bekerja
- Muksin dan rakannya menyelamatkan dua guru menggunakan bot ke masjid pada 4 pagi