No Image Caption

Belanjawan 2024: RM1.9 bilion menaik taraf dan menyelenggara sekolah seluruh negara

AZLEENDA SAHALUDIN
13 Oct 2023 06:02pm
A
A
A

Sejumlah RM1.9 bilion disediakan bagi menaik taraf dan menyelenggara sekolah-sekolah seluruh negara pada tahun hadapan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia merangkumi RM930 juta bagi kerja-kerja menaik taraf bangunan dan prasarana daif di 450 buah sekolah merangkumi 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.

“Pendidikan kekal sebagai komponen utama yang menerima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan Madani Kedua.

“Kementerian Pendidikan (KPM) khususnya akan diperuntukan sebanyak RM58.7 bilion,” katanya ketika pembentangan Bajet Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Jumaat.

Tambah Anwar, RM1 bilion juga turut diperuntukan bagi menyelenggara semua jenis sekolah antaranya sekolah kebangsaan (SK), sekolah agama, sekolah Tamil dan Cina.

Ia termasuk juga sekolah pendidikan khas dengan memberi tumpuan kepada keperluan pelajar ‘autism’.

Sementara itu, Anwar turut memaklumkan sebanyak 26 buah sekolah baru akan mula dibina dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM2.5 bilion.

Artikel Berkaitan:

Antara sekolah berkenaan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laya-laya, Sabah; SMK Baei, Sarawak; SMK Seri Melati, Pahang; SMK Bandar Universiti, Perak dan SMK Binjai, Kelantan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok