Senarai 20 sekolah yang dikatakan terbaik dalam SPM 2023 mengikut GPS.
Senarai 20 sekolah yang dikatakan terbaik dalam SPM 2023 mengikut GPS.

Benarkah ini sekolah terbaik SPM 2023?

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
28 May 2024 02:33pm
A
A
A

Tular di laman media sosial mengenai senarai 20 sekolah terbaik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 mengikut Gred Purata Sekolah (GPS).

Difahamkan, sekolah-sekolah tersebut antaranya terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan senarainya adalah

1) Maahad Tahfiz Negeri Pahang (1.070)

2) Sekolah Alam Shah Putrajaya (1.073)

3) Kolej Tunku Kurshiah, Negeri Sembilan(1.248)

4) Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir (SASER) Negeri Sembilan (1.255)

5) Kolej Yayasan Saad, Melaka (1.257)

6) Sekolah Seni Malaysia Johor (SSeMJ) (1.278)

Artikel Berkaitan:

7) Sekolah Seri Puteri Cyberjaya (1.282)

8) Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kemaman, Kemasik, Terengganu (1.324)

9) Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor (1.385)

10) Sekolah Menengah Sains Kuala Terengganu (SESTER), Kuala Terengganu, Terengganu (1.401)

11) Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, Negeri Sembilan (1.403)

12) Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) Subang Jaya, Selangor (1.409)

13) Sekolah Tun Fatimah, Johor (1.421)

14) Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Johor (1.442)

15) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sultan Azlan Shah, Bota, Perak (1.455)

16) Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Putrajaya (SMAPUTRA) (1.465)

17) MRSM Tun Ghafar Baba, Melaka (1.490)

18) SBPI Kuantan, Pahang (1.504)

19) SMKA Kerian Tahfiz Model Ulul Albab, Perak (1.506)

20) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Jambul, Pulau Pinang (1.533)

Susulan tular senarai 20 sekolah terbaik ini, Sinar Bestari mula mencari kesahihan maklumat berkenaan.

Berdasarkan keterangan daripada sumber yang boleh dipercayai memaklumkan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengeluarkan sebarang ranking sekolah.

“Sumber ini saya tidak pasti dari mana,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, keputusan SPM 2023 yang diumumkan pada Isnin menyaksikan Gred Purata Nasional (GPN) adalah 4.60 dengan peratusan calon layak menerima sijil adalah sebanyak 93.5 peratus.

Seramai 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran pada 2023, dibandingkan dengan 10,109 calon pada 2022 sekali gus mencatatkan peningkatan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok