WhatsApp Image 2022-04-13 at 4.38.12 PM
WhatsApp Image 2022-04-13 at 4.38.12 PM

Buat 'live' semasa mengajar, guru akan disiasat - KPM

Adlan Farhan Azwan
13 Apr 2022 04:39pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) akan menyiasat isu membabitkan guru sekolah yang membuat ‘live’ semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di dalam kelas.

Menurut pasukan komunikasi Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, ia menjadi satu kesalahan bagi seorang guru untuk membuat ‘live’ bagi tujuan peribadi semasa waktu pejabat.

“Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih yang dibekalkan oleh pejabat mahupun melalui peralatan peribadi.

Baca juga

KPM kawal ketagihan game, larang bawa telefon bimbit ke sekolah

Gigih guna media sosial tarik minat pelajar. Salute kegigihan Cikgu Zack dan Cikgu Ng!

“Akta ini juga turut diguna pakai oleh semua pegawai awam sama ada beruniform ataupun tidak,” katanya dalam satu ciapan menerusi laman Twitter, hari ini.

Terdahulu, satu ciapan tular di laman itu apabila pengguna @n_ahwal memuat naik tangkapan skrin yang memaparkan dua orang guru yang sedang membuat ‘live’ di laman TikTok.

Dia mempersoalkan sama ada terdapat kebenaran khusus yang membolehkan guru untuk menggunakan masa di pejabat untuk membuat ‘live’.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Cikgu mengajar ‘live’. Boleh atau tidak? Mak ayah setuju cikgu-cikgu untuk mengajar sambil live? Apabila komen terus disekat. Di mana sekolah ini? Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tolong ambil tindakan terhadap cikgu-cikgu yang membuat TikTok, Facebook ‘live’. Ia sesuatu yang tidak boleh diterima. 100 peratus fokus cikgu perlu diberikan di dalam kelas.

Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 3 Tahun 2017 Garis Panduan Nilai dan Etika Penggunaan Media Sosial bagi Guru dan Murid sudah menetapkan penggunaan sosial media hanya boleh dilaksanakan secara positif dengan tujuan yang betul.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok