Mohd Fared (dua dari kiri) selepa menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang, Mufidah Muhamad Saleh dalam Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan SDEA di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi, Kota Tinggi pada Selasa.
Mohd Fared (dua dari kiri) selepa menyampaikan sijil kepada pelajar cemerlang, Mufidah Muhamad Saleh dalam Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan SDEA di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi, Kota Tinggi pada Selasa.

Calon SDEA 2023 Johor peroleh agregat 9A meningkat

ZULHISHAM ISAHAK
16 Apr 2024 04:31pm
A
A
A

Jumlah calon peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) 2023 Sekolah Agama Kerajaan Johor yang memperoleh keputusan cemerlang dengan agregat 9A meningkat kepada 141 orang berbanding 90 orang pada tahun 2019.

Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, jumlah calon yang layak mendapat sijil juga mengalami peningkatan sebanyak 0.34 peratus melibatkan 22,650 orang atau 99.27 peratus berbanding 2019 berjumlah 98.78 peratus.

Jelasnya, perbandingan keputusan peperiksaan SDEA 2023 dibuat dengan keputusan peperiksaan SDEA pada 2019 kerana SDEA 2023 dimulakan semula dengan format baharu selepas tiga tahun tidak dapat dijalankan dan digantikan Ujian Kelayakan Darjah Khas (UKDK) disebabkan Covid-19.

Beliau memberitahu, jumlah kehadiran calon menduduki peperiksaan SDEA 2023 adalah 99.85 peratus mewakili 22,817 orang, manakala hanya 0.15 peratus iaitu seramai 34 orang gagal hadir bagi semua matapelajaran.

"Ini menunjukkan peningkatan peratusan kehadiran 0.02 peratus berbanding pada 2019. Daripada jumlah calon yang hadir seramai 22,817 orang, jumlah calon layak menerima sijil pada 2023 adalah 22,650 orang iaitu 99.27 peratus manakala hanya 167 calon atau 0.73 peratus tidak layak menerima sijil.

"Peratusan jumlah calon yang layak ke Darjah Khas pada 2023 menunjukkan penurunan sebanyak 0.66 peratus iaitu 90.10 peratus berbanding 2019 iaitu 90.76 peratus," katanya dalam Majlis Pengisytiharan Keputusan Peperiksaan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA) di Sekolah Agama Bandar Kota Tinggi, Johor pada Selasa.

Beliau berkata, tiga daripada 10 daerah iaitu Pontian, Kota Tinggi dan Mersing menunjukkan peningkatan jumlah calon yang layak ke Darjah Khas manakala tujuh daerah lagi menunjukan penurunan.

Katanya, peratus pencapaian bagi kumpulan mata pelajaran teras menunjukkan peningkatan iaitu Al-Quran 99.98 peratus meningkat 0.02 peratus dan Tauhid 98.15 peratus meningkat 2.97 peratus sementara Ibadat dan Faraid 91.23 peratus menurun 3.32 peratus.

Artikel Berkaitan:

Bagi kumpulan subjek wajib pula ujarnya, Muamalat, Munakahat dan Jenayat 92.62 peratus meningkat 2.26 peratus; Sirah 85.03 peratus meningkat 38.49 peratus sementara Akhlak dan Tasauf 96.04 peratus menurun 0.94 peratus dan Tajwid 75.77 peratus menurun 2.41 peratus.

"Tafsir Al-Quran dan Hadis 93.71 peratus meningkat 0.90 peratus dan Al-lughatul Arabiah 93.48 peratus meningkat 9.73 peratus. Terdapat peningkatan peratus pada enam mata pelajaran dan dua daripadanya menunjukan peningkatan ketara iaitu mata pelajaran Sirah dan Al-lughatul Arabiah," katanya.

Selain itu, Mohd Fared memberitahu, Gred Purata Skor (GPS) juga menunjukkan peningkatan di tujuh daerah iaitu Johor Bahru (2.86); Muar (2.94); Batu Pahat (2.83); Segamat (2.69); Pontian (2.44); Kota Tinggi (2.43) dan Mersing (2.89).

Tambahnya, sebanyak 215 daripada 558 buah sekolah agama yang menjadi pusat peperiksaan SDEA 2023 mendapat pencapaian kelulusan 100 peratus.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok