Calon SPM 2021 positif Covid-19, mangsa banjir bakal duduki peperiksaan sesi kedua mulai 5 April
Calon SPM 2021 positif Covid-19, mangsa banjir bakal duduki peperiksaan sesi kedua mulai 5 April

Calon SPM 2021 positif Covid-19, mangsa banjir bakal duduki peperiksaan sesi kedua mulai 5 April

Rasyidah Zulkifi
29 Mar 2022 08:41am
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 bagi sesi kedua adalah pada 5 April hingga 19 Mei depan.

Dalam satu kenyataan, arahan itu tertakluk kepada mereka yang belum mengambil Ujian Bertulis, Amali Sains, Bertutur dan Ujian Mendengar (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) pada 8 Februari hingga 29 Mac.

Baca juga

Hala tuju pelajar lepasan SPM

Tuisyen Rakyat percuma untuk anak pekebun kecil, khas untuk 3,000 calon SPM 2022

“Calon tersebut adalah yang disahkan positif Covid-19, perlu menjalani tempoh kuarantin seperti yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM), calon yang terkesan akibat banjir atau kes-kes khas yang mendapat kelulusan Pengarah Peperiksaan.

“Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon yang terlibat dengan peperiksaan SPM tahun 2021 sesi kedua untuk menyemak, mengesahkan dan mencetak Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang mengandungi maklumat pusat peperiksaan yang ditetapkan, tarikh, masa, kod dan kertas peperiksaan mulai 1 April 2022 menerusi pautan https://elp.moe.gov.my atau aplikasi e-Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store,” tulis kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, KPM menasihati semua calon agar mematuhi jadual waktu peperiksaan SPM 2021 serta arahan sepanjang peperiksaan berlangsung.

“Calon diingatkan supaya membawa dokumen pengenalan diri dan Pernyataan Pendaftaran Peperiksaan yang dicetak ke pusat peperiksaan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Calon juga hendaklah mematuhi Garis Panduan Pengurusan Pentaksiran Pusat dan Peperiksaan Awam yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan oleh KPM serta prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan KKM.

“Ketetapan ini adalah bagi memastikan kelancaran pengurusan peperiksaan dan pencegahan penularan wabak Covid-19,” katanya.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok