Tuisyen Rakyat percuma untuk anak pekebun kecil, khas untuk 3,000 calon SPM 2022
Tuisyen Rakyat percuma untuk anak pekebun kecil, khas untuk 3,000 calon SPM 2022

Tuisyen Rakyat percuma untuk anak pekebun kecil, khas untuk 3,000 calon SPM 2022

Rasyidah Zulkifi
28 Mar 2022 07:50pm
A
A
A

LIPIS - Yayasan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntukkan sebanyak RM2.5 juta di bawah Program Tuisyen Rakyat bagi membantu anak pekebun kecil yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, dana pendidikan tersebut disalurkan untuk kegunaan 200 buah pusat tuisyen seluruh negara.

Baca juga

5,000 pelajar asnaf dapat tablet percuma, RM9.3 juta dana MAIWP

Demi keselesaan pelajar, guru ini ikhlas berbelanja besar demi hias pusat tuisyen

“Tanggungjawab sosial korporat (CSR) Risda melalui program ini adalah sebagai pemangkin kecemerlangan modal insan generasi pekebun kecil di samping pelajar terlibat dapat meningkatkan tahap pencapaian akademik selari hasrat kerajaan memfokuskan kumpulan sasar ini.

“Seramai 15 orang calon SPM di setiap buah pusat seluruh negara dari golongan masyarakat luar bandar di seluruh negara akan terlibat dengan kelas tuisyen bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains dan Matematik,” katanya.

Difahamkan, inisiatif tersebut terhad untuk 3,000 anak Risda yang berlatarbelakangkan keluarga berpendapatan rendah selepas dipilih Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Sejak dilaksanakan beberapa tahun dahulu, kami dapati prestasi pelajar yang terlibat semakin baik dan diharapkan mereka dapat mengubah nasib keluarga,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan dan Program Tuisyen Rakyat Risda Negeri Pahang 2022 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.

Dalam perkembangan sama, peruntukan sebanyak RM312,500 telah disalurkan bagi membantu 375 pelajar di 25 buah pusat tuisyen di Pahang.

“Bagi daerah Lipis, seramai 60 calon SPM akan menyertai kelas bimbingan tersebut di empat buah pusat tuisyen iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Benta, SMK Setiawangsa, SMK Sungai Koyan dam SMK Padang Tengku.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Harapan semoga program ini dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pelajar - pelajar yang terlibat,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Risda Pahang, Esa Rahimin, Pengarah Majlis Amanah Rakyat (Mara) negeri Soffian Mustaffa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar Dan Hal Ehwal Orang Asli negeri Datuk Abd Aziz Mat Kiram.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok