KPM mencari jalan penyelesaian yang membolehkan murid tanpa dokumen warganagera meneruskan persekolahan.
GAMBAR HIASAN
KPM mencari jalan penyelesaian yang membolehkan murid tanpa dokumen warganagera meneruskan persekolahan. GAMBAR HIASAN

Cari jalan bantu murid tanpa dokumen warganegera teruskan persekolahan

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
03 Jan 2024 10:36am

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil perhatian isu murid tanpa dokumen kewarganegaraan yang menghadapi masalah meneruskan persekolahan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, satu sesi pertemuan bersama dengan keluarga murid terlibat telah diadakan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

“Sesi pertemuan bersama keluarga murid terlibat dijalankan pada Khamis lalu, bagi mencari jalan penyelesaian membolehkan murid itu meneruskan persekolahan seperti biasa,” maklumnya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Selain itu, beberapa cadangan penyelesaian juga dikemukakan berkaitan keperluan dokumentasi kewarganegaraan murid tersebut.

Manakala, pihak JPNS komited untuk membantu dari aspek pengurusan pendaftaran murid di sekolah.

Dalam pada itu, KPM sentiasa berusaha meningkatkan akses pendidikan berkualiti untuk semua murid warganegara serta agenda pendidikan manusiawi bagi memastikan tiada murid yang tercicir.

Artikel Berkaitan:
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp