Chery Malaysia menaja bengkel Robotik Transformatif kepada murid-murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.
Chery Malaysia menaja bengkel Robotik Transformatif kepada murid-murid dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Chery Malaysia taja bengkel Robotik Transformatif untuk perkasakan generasi muda

11 Aug 2023 10:06am

Chery Malaysia mengumumkan penglibatannya dalam penjagaan komuniti setempat dengan menaja bengkel Robotik Transformatif kepada murid berumur bawah 12 tahun yang terdiri dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah.

Inisiatif yang diterajui Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung itu sejajar dengan komitmen Chery Malaysia untuk memperkasakan generasi akan datang melalui pendidikan dan inovasi.

Chery Malaysia dalam satu kenyataan berkata, bengkel Robotik Transformatif bertujuan memperkenalkan minda muda kepada dunia robotik bagi memupuk minat terhadap teknologi, membangunkan kemahiran menyelesaikan masalah dan mempunyai pemikiran yang kreatif.

“Penajaan bengkel Robotik Transformatif yang komprehensif dari Soul Engineer Robotic School mengukuhkan dedikasi Chery Malaysia untuk memberi impak positif kepada masyarakat.

“Ia juga memberi peluang bermakna kepada murid yang kurang bernasib baik untuk menerokai bidang robotik sekali gus memperoleh asas kukuh dalam pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM),” jelas kenyataan itu.

No Image Caption

Menurut Naib Presiden Eksekutif Chery Malaysia, Leo Chen, Chery Malaysia melangkah ke dalam penjagaan komuniti setempat bertujuan menggemakan komitmen jenama terhadap kebajikan masyarakat, pendidikan dan tanggungjawab alam sekitar.

“Syarikat kami tetap berdedikasi untuk memperkasa generasi akan datang dan memacu perubahan positif dalam masyarakat serta komited untuk mengadakan lebih banyak kempen kebajikan sosial,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menerusi kenyataan yang sama, Chery Malaysia telah mengumumkan rancangannya untuk melancarkan kenderaan elektrik (EV) termaju pada S1/S2 2024.

Dijenamakan dengan konsep teras kelestarian hijau, keselamatan dan teknologi tenaga baharu yang terkemuka, EV ini akan merevolusikan masa depan perjalanan dengan perlindungan alam sekitar dan pelepasan sifar.

Layari laman sesawang www.chery.my untuk maklumat lanjut mengenai Chery Malaysia.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp