Sebahagian pelajar SMK Suai yang memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM 2022.
Sebahagian pelajar SMK Suai yang memperoleh keputusan cemerlang dalam STPM 2022.

Cikgu Gabriele kongsi rahsia kejayaan SMK Suai catat kelulusan 100 peratus STPM 2022

ROSHLAWATY MD RAIEH
14 Jul 2023 10:57pm
A
A
A

“Kejayaan mereka adalah kejayaan kami juga,” demikian kata Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Suai, Bekenu, Sarawak, Gabriele T'ng apabila diminta mengulas keputusan pelajarnya bagi peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Tahun 2022 yang baharu diumumkan pada Khamis.

Menurut Cikgu Gabriele, keputusan STPM 2022 SMK Suai merekodkan peningkatan dari sudut Gred Purata Sekolah (GPS) berbanding tahun lalu iaitu dari 2.57 pada 2021 kepada 2.64 tahun ini.

“Seramai 77 calon telah menduduki peperiksaan ini sekali gus berjaya mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam STPM 2022.

“Kita juga gembira apabila seorang pelajar iaitu Dayang Nur Syakila Awang Jamalludin telah memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dan pencapaiannya itu telah membanggakan seluruh warga sekolah,” katanya kepada Sinar Bestari ketika dihubungi, baru-baru ini.

Dayang Nur Syakila merupakan satu-satunya pelajar SMK Suai yang mendapat 4.00 pada STPM 2022.
Dayang Nur Syakila merupakan satu-satunya pelajar SMK Suai yang mendapat 4.00 pada STPM 2022.

Berkongsi aktiviti mahupun program kecemerlangan yang diberikan kepada pelajar STPM 2022, Cikgu Gabriele memberitahu, SMK Suai menganjurkan pelbagai aktiviti ilmiah untuk mereka sebelum peperiksaan berlangsung.

“Kami adakan Program Lonjakan Akademik, Pecutan Akhir, Lawatan Sambil Belajar dan Lawatan Penanda Aras ke sekolah berpotensi tinggi seperti SMK Menthodist, Sibu, Sarawak.

“Sekolah turut menyediakan beberapa kelas bimbingan kendalian guru-guru hebat dan berpengalaman dari sekolah ini semata-mata mahu memastikan para pelajar berjaya merangkul kecemerlangan dalam STPM 2022,” jelasnya yang mengharapkan SMK Suai akan terus melakar kejayaan yang luar biasa pada peperiksaan akan datang.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sementara itu, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Cikgu Wong Ling Ing yang mengajar subjek Pengajian Perniagaan, turut memasang impian dan harapan untuk melihat para pelajarnya dapat menyambung pengajian ke menara gading kelak.

Malah, Cikgu MC Lly Adrian Simon yang merupakan guru Pengajian Am juga berharap, kemenjadian dan keberhasilan anak-anak didiknya itu dapat mengangkat imej pengajian di Tingkatan Enam adalah laluan utama ke menara gading.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok