Para peserta COSDEM 2025 hadir bukan sekadar menyertai program tetapi berkongsi idea dan semangat membina pendidikan untuk pembangunan lestari.
Para peserta COSDEM 2025 hadir bukan sekadar menyertai program tetapi berkongsi idea dan semangat membina pendidikan untuk pembangunan lestari.

COSDEM 2025 satukan sekolah, pelatih IPG & pendidik, bentuk generasi 'zero plastik'

18 Sep 2025 01:56pm

Persidangan Conference on Sustainable Development through Education Malaysia (COSDEM) 2025 berjaya menghimpunkan lebih 30 sekolah, pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) dan pendidik dari seluruh negara bagi membincangkan peranan pendidikan sebagai pemacu transformasi Education for Sustainable Development (ESD).

Bertemakan Combat Single Use Plastic, persidangan selama tiga hari itu dianjurkan oleh Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang (GREW) dengan kerjasama WWF Malaysia, Kampus Induk Universiti Sains Malaysia (USM) dan Kampus Kejuruteraan USM.

Exco Perumahan dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Datuk Seri S Sundarajoo berkata, tema tahun ini amat relevan dengan agenda kelestarian yang menjadi keutamaan bersama di peringkat negeri, negara dan dunia.

"Isu plastik sekali guna merupakan ancaman besar kepada alam sekitar, kesihatan manusia dan kesejahteraan generasi akan datang. Kajian menunjukkan berjuta tan plastik berakhir di lautan setiap tahun, memberi kesan buruk kepada hidupan marin serta ekosistem bumi.

"Melalui tema ini, kita bukan sahaja menekankan pengurangan sisa, malah menyeru kepada perubahan minda dan gaya hidup. Pendidikan adalah kunci untuk melahirkan generasi muda yang bertanggungjawab, peka dan kreatif dalam mencari penyelesaian lestari," katanya ketika merasmikan COSDEM 2025 di Kampus Kejuruteraan USM.

Turut hadir Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang memberikan semangat kepada para pelajar dan pendidik serta menggalakkan mereka melaksanakan tindakan pembangunan lestari di sekolah masing-masing.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Sundarajoo menambah, usaha penganjuran program ini seiring dengan aspirasi dasar pembangunan Penang2030, selain komitmen terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) khususnya SDG 12 (Responsible Consumption and Production) dan SDG 13 (Climate Action).

Beliau turut menyeru guru dan pelajar untuk menjadi duta kelestarian dengan mengamalkan prinsip 3R (Reduce, Reuse, Recycle) serta menyebarkan mesej pengurangan penggunaan plastik sekali guna kepada masyarakat.

Sementara itu, Pengerusi GREW, Cikgu Khou Jerome berkata, pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang persidangan berlangsung.

"Antaranya perkongsian pakar, permainan stesen bertema plastik, lawatan lapangan, pertandingan reka poster 3D peringkat sekolah rendah, debat parlimen kelestarian pelajar sekolah menengah, dialog bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) serta pembentangan cadangan transformasi sekolah melalui ESD.

No Image Caption

"Perubahan memang tidak mudah. Paling penting adalah keberanian mengambil langkah pertama, menjadi teladan dan berani mencuba perubahan bagi mengubah budaya sekolah serta komuniti. Let’s combat single use plastic!" ujarnya.

Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Ir Dr Mariatti Jaafar @ Mustapha pula menegaskan, sebagai Universiti Apex Malaysia, USM sangat menitikberatkan isu kelestarian sebagai identiti utama universiti.

"Komitmen USM ini telah diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila USM konsisten berada dalam senarai Times Higher Education Impact Rankings bagi Matlamat Pembangunan Lestari," katanya.

No Image Caption

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp