KPT belum mengeluarkan sebarang pekeliling susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.
KPT belum mengeluarkan sebarang pekeliling susulan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Cuaca panas: KPT tidak menghalang mahasiswa lakukan aktiviti luar

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
08 May 2023 02:37pm

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak melarang institut pengajian tinggi (IPT) untuk menjalankan aktiviti luar walaupun dalam keadaan cuaca panas ketika ini.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, KPT belum mengeluarkan sebarang pekeliling yang berkait dengan garis panduan aktiviti luar ketika cuaca panas yang melanda negara.

Katanya, kebanyakan bilik kuliah di IPT dalam negara menggunakan pendingin hawa justeru, tidak timbul isu KPT perlu mengeluarkan sebarang arahan atau garis panduan berhubung aktiviti mahasiswa.

“Mungkin sekiranya keadaan cuaca panas ini semakin melampau, aktiviti luar di IPT akan dinasihatkan ditangguh sementara.

“Namun aktiviti lain seperti kuliah masih berjalan seperti biasa memandangkan ia diadakan di dalam bangunan.

“Manakala, aktiviti sukan pula bergantung kepada keadaan cuaca semasa apatah lagi aktiviti ini tidak wajib ke atas semua penuntut IPT dan buat masa ini, KPT tiada halangan untuk mereka melakukan aktiviti luar serta beriadah,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan semua institut pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diarah untuk menangguhkan aktiviti luar yang membabitkan murid dan guru susulan fenomena cuaca panas.

KPM memaklumkan, larangan berkenaan melibatkan aktiviti seperti merentas dewa, kawad, sukan, permainan, perkhemahan serta Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) di luar bilik darjah.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, KPM turut memberi kelonggaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di bawah institut pendidikan untuk memakai pakaian atau baju sukan yang sopan ketika cuaca panas bagi mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp