Antara inisiatif yang mendapat perhatian dalam berita gembira yang disampaikan oleh KPM adalah peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik.
Antara inisiatif yang mendapat perhatian dalam berita gembira yang disampaikan oleh KPM adalah peluang merehatkan minda melalui Program Cuti-cuti Cikgu mampu milik.

Cuti-Cuti Cikgu, inap desa serendah RM60 seorang

AZLEENDA SAHALUDIN
24 May 2023 11:31am
A
A
A

Rentetan daripada pengumuman Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, baru-baru ini tentang Program Cuti-Cuti Cikgu Mampu Milik antara 10 inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha memperkasakan lagi aspek kebajikan golongan pendidik di negara ini, Persatuan Kampungstay dan Homestay Malaysia menyahut cabaran tersebut dengan menawarkan lima pakej Cuti-Cuti Cikgu pada harga serendah RM60 seorang.

Menerusi hantaran poster yang dimuat naik di Facebook persatuan itu, pakej lima inap desa di Melaka, Selangor dan Perak itu meliputi penginapan selama dua hari satu malam dengan konsep merasai sendiri kehidupan dan cara hidup di desa.

Salah satu pakej di Ayer Limau, Melaka yang berharga RM60 seorang dengan jumlah minima tetamu seramai dua orang turut menawarkan penginapan bersama hos.

Selain itu, terdapat juga pakej pada harga dan daerah sama yang menawarkan minima tempahan untuk empat orang.

Bagi pakej inap desa di Sungai Besar, Selangor pula menawarkan penginapan bagi kumpulan besar iaitu antara 25 hingga 200 orang tetamu pada kadar RM65 seorang lengkap dengan aktiviti lawatan.

Turut ditawarkan harga pakej bernilai RM199 seorang untuk pelajar yang tinggal di bandar serta lengkap dengan pelbagai aktiviti bagi mengenali budaya, tradisi dan kehidupan desa.

Dalam pada itu, pakej inap desa di Kuala Kangsar, Perak, menawarkan RM490 seorang dengan minima tetamu seramai 40 orang termasuklah kos pengangkutan bas dan juga tren elektrik (ETS).

Jom Cuti-Cuti Cikgu!

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok