Zamri (tiga dari kiri) selepas Majlis Prapelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Turut serta, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Selangor, Dr Jafri Abu (empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamudin (tiga dari kanan). FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR
Zamri (tiga dari kiri) selepas Majlis Prapelancaran Karnival Pendidikan Sinar Bestari di Dewan Karangkraf, Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor baru-baru ini. Turut serta, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Selangor, Dr Jafri Abu (empat dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Sinar Karangkraf, Farah Hussamudin (tiga dari kanan). FOTO: ASRIL ASWANDI SHUKOR

Dalami ilmu teknologi secara santai

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
14 Aug 2023 12:20pm

Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan digitalisasi bukan lagi sesuatu yang baharu pada hari ini.

Sebagai contoh, Internet Kebendaan (IoT) dan teknologi kecerdasan buatan (AI) menjadi bukti terjadinya perkembangan teknologi hingga dianggap semakin penting dalam hidup kita.

Ketua Pengarang Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, pandemik Covid-19 yang menyaksikan jutaan manusia terpaksa berada di rumah mempercepatkan lagi transformasi kehidupan manusia dengan teknologi dan digitalisasi.

Beliau berkata, hambatan teknologi tersebut telah memberi impak kepada pelbagai industri termasuklah pendidikan.

Menyedari betapa pentingnya untuk pelajar-pelajar di negara ini terus didedahkan dengan teknologi, digitalisasi dan kejuruteraan, Zamri berkata, Sinar Harian menyahut seruan itu apabila bersama-sama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menganjurkan Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

No Image Caption

“Karnival Pendidikan Sinar Bestari merupakan sebuah program khas yang menyatukan elemen pendidikan dan teknologi secara santai serta menyeronokkan.

“Karnival yang berlangsung selama tiga hari bermula 8 hingga 10 September depan sarat dengan pelbagai aktiviti menarik dan ia sangat sesuai untuk semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Zamri berkata, pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung yang datang pada karnival tersebut.

Antaranya, demo Unit Beruniform daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Bomba; Pameran Digital Skil dan Kerjaya daripada pemain industri termasuklah Apple Education, TikTok, Planetarium Negara, Les' Copaque, AirAsia Academy dan banyak lagi.

“Tidak ketinggalan para pengunjung juga boleh menyertai uji bakat TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) yang memberi pelbagai pendedahan kepada pelajar dalam dunia penyiaran dan kewartawanan.

“Kepelbagaian pertandingan dan persembahan oleh sekolah- sekolah sekitar Selangor turut diadakan, antaranya pancaragam, bicara berirama, koir, pidato dan dikir barat,” katanya.

Sementara itu, menurut Zamri, kepada mereka yang ‘ulat buku’, Jualan Gudang Karangkraf 2023 bakal diadakan bermula 31 Ogos hingga 10 September depan.

“Pengunjung boleh menikmati diskaun sehingga 80 peratus, koleksi buku dijual serendah RM10, temu mesra bersama penulis dan cabutan bertuah bernilai RM1,000,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp