Ada pro dan kontra sekiranya majlis graduasi dianjurkan di hotel atau tempat eksklusif lain.
Ada pro dan kontra sekiranya majlis graduasi dianjurkan di hotel atau tempat eksklusif lain.

Dapatkan persetujuan ibu bapa - Khairudin

02 Feb 2024 04:18pm
A
A
A

Sana sini bercerita tentang penganjuran majlis graduasi pelajar yang diadakan di lokasi mewah seperti hotel.

Rata-rata melahirkan ketidakpuasan hati dengan majlis tersebut yang boleh diadakan di sekolah sahaja.

Bagaimanapun, masih ada kelompok yang bersetuju dan memuji gradusi dilakukan di tempat sebegitu.

Kata mereka, apa salahnya buat di hotel, bukannya selalu. Lagipun, murid-murid mesti seronok dapat makan di tempat eksklusif.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah ketika hadir menyempurnakan Pelancaran Countdown Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2024 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gunung Rapat, Ipoh, Perak telah mengulas perkara tersebut.

Katanya, negeri itu tidak menghalang dengan syarat mendapat persetujuan semua pihak terutama ibu bapa B40.

“Pihak sekolah perlu berbincang, mengadakan mesyuarat dan perjumpaan untuk dapatkan persetujuan ibu bapa tentang penganjuran graduasi dan apresiasi di tempat-tempat eksklusif.

"Walaupun guru besar dan pengetua ada kuasa autonomi, tetapi mereka juga kena guna budi bicara dan ia hanya boleh dilaksanakan jika dapat persetujuan,” jelasnya di program terbabit, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Selain beliau, turut hadir dalam Pelancaran Countdown Kejohanan Olahraga MSSM ialah Pengarah Pendidikan Perak, Datuk Mohamad Fauzi Mahson.

Sementara itu, pekeliling tatacara dan prosedur penganjuran majlis graduasi di luar sekolah yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Disember lalu terpakai di semua sekolah.

“Selain persetujuan, telah dinyatakan dengan jelas penglibatan murid adalah secara sukarela tanpa paksaan selain penyertaan pelajar B40 menggunakan sumber kewangan diperoleh daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) atau pihak luar.

"Perak kita ikut pekeliling sedia ada dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) pada 20 Disember lalu telah edarkan surat iringan kepada semua pentadbir.

“Ini bermakna setiap sekolah telah terima dan patut memahami prosedur berkenaan," ujar Khairudin.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok