Boleh mohon segera sebelum tarikh tutup yang ditetapkan JAIS.
Boleh mohon segera sebelum tarikh tutup yang ditetapkan JAIS.

Dilanjutkan sehingga 6 Januari 2024

ROSHLAWATY MD RAIEH
26 Dec 2023 04:08pm
A
A
A

Permohonan kemasukan pelajar Tingkatan Satu ke sekolah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bagi tahun 2024 dilanjutkan hingga 6 Januari 2024.

Menurut JAIS, permohonan tersebut membabitkan Sekolah Agama Menengah (SAM), Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT), Sekolah Agama Menengah Bestari (SAMBEST) dan Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS).

“Terdapat beberapa syarat permohonan yang perlu dipenuhi oleh calon-calon iaitu ibu bapa terdiri daripada warganegara Malaysia dan perlu memenuhi syarat kelayakan akademik.

“Pemohon juga perlulah murid yang bersekolah di Sekolah Rendah Agama Islam (SRAI), Sekolah Rendah Agama (SRA), Kelas Al Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI) serta Sekolah Rendah Islam Integrasi (SRII) Negeri Selangor sebelum ini,” kata JAIS menerusi laman Facebook.

Sila layari https://esekolah.jais.gov.my untuk memohon.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok