Didoakan Nur Qaireen Umairah (kiri) dan adiknya, Nur Qalesya Hani (kanan) akan terus berjaya dalam sukan memanah Malaysia dan dunia.
Didoakan Nur Qaireen Umairah (kiri) dan adiknya, Nur Qalesya Hani (kanan) akan terus berjaya dalam sukan memanah Malaysia dan dunia.

Dua beradik bakal atlet memanah negara

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
08 May 2024 01:19pm

Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Derma, Kangar, Perlis, Nur Qaireen Umairah Norazlizal mengharumkan nama negara di mata dunia apabila membawa pulang kesemua pingat yang dipertandingkan dalam kategori bawah 15 tahun di 7th Kartini International Archery Championship, Gelora Bung Karno Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Dia yang diibaratkan sebagai ‘permata’ dalam sukan memanah, berjaya menewaskan pemanah dari Indonesia di pusingan penyingkiran kejohanan itu, sekali gus memastikan pingat emas ketiga dalam genggaman.

Sebelum ini, Nur Qaireen Umairah meraih pelbagai pingat dalam sukan memanah di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Bintangnya mulai menyinar selepas berjaya memecahkan dua rekod kebangsaan dalam Kejohanan Memanah Kebangsaan Siri 2 di Lumut, Perak dua tahun lalu.

No Image Caption

Sementara itu, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kangar, Perlis, Nur Qalesya Hani Norazlizal juga mengharumkan Malaysia apabila mendapat tempat keenam kategori bawah 12 tahun dengan peningkatan skor individu dalam kejohanan sama.

Difahamkan, ini adalah penyertaan kali pertama di luar negara dan format kejohanan 30m tf 80cm 6 ring yang disertai Nur Qalesya Hani iaitu adik kepada Nur Qaireen Umairah.

Kami di Sinar Bestari mengucapkan sekalung tahniah kepada dua beradik ini kerana berjaya melakar kejayaan cemerlang dalam sukan memanah.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption



No Image Caption

INFO

Memanah adalah seni, amalan atau kemahiran melepaskan anak panah dengan menggunakan sebuah busur. Kegiatan ini telah digunakan untuk memburu dan berperang, namun perbuatan ini lebih lazim dalam zaman moden untuk tujuan bersukan dan rekreasi.

Terdapat beberapa kelebihan sukan memanah, antaranya

1) Membaiki kedudukan dan keseimbangan tangan dan mata

2) Tangan dan jari menjadi lebih fleksibel

3) Membina kekuatan

4) Meningkatkan kesabaran

5) Meningkatkan tahap fokus

6) Merehatkan minda

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp