Enam konsep minggu pertama persekolahan buat cikgu kita!
Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan baru sahaja mengumumkan tentang ketiadaan sesi pembelajaran pada minggu pertama persekolahan.
Kata beliau, minggu pertama sekolah mesti dipenuhi dengan aktiviti yang menyeronokkan dan menggembirakan murid.
Menerusi Kit Pengoperasian Pembukaan Sekolah Sesi Akademik 2024/2025 yang dikongsi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) baru-baru ini, ada disenaraikan enam konsep program minggu pertama persekolahan sebagai rujukan guru-guru seluruh negara.
Enam konsep yang ditekankan terdiri daripada:
1) Mewujudkan suasana ceria, seronok, terancang dan dalam suasana santai
- Permainan
- Riadah, senamrobik atau kecergasan
- Sukaneka atau sukan
2) Nilai pendidikan dan informatif
- Aktiviti projek
- Penyelesaian masalah
- Penerapan nilai dan pembangunan sahsiah
3) Sebahagian aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
- Aktiviti minda dan rekacipta
- Pembelajaran bertema
- Pembelajaran kendiri
4) Penglibatan murid, guru, ibu bapa, penjaga dan komuniti
- Aktiviti bersama-sama keluarga
- Keceriaan
- Kemasyarakatan
5) Pupuk kerjasama dan komunikasi berkesan
- Aktiviti berkumpulan
- Serlah bakat dan potensi
- Ekspresi seni kreatif
6) Melibatkan semua murid dari pelbagai kaum dan latar sosial ekonomi
- Aktiviti integrasi perpaduan
- Persembahan citra budaya
- Usahawan Muda (projek kitar semula)