Azman ketika menyampaikan amanat sempena pembukaan persekolahan, pada Isnin.
Azman ketika menyampaikan amanat sempena pembukaan persekolahan, pada Isnin.

Tiada pembelajaran minggu pertama sekolah

ROSHLAWATY MD RAIEH
04 Mar 2024 02:38pm
A
A
A

“Tiada sesi pembelajaran pada minggu pertama persekolahan,” ujar Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan di Majlis Amanat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Sempena Seisi Pembukaan Persekolahan Seisi 2024/2025, pada Isnin.

Katanya, pada minggu pertama itu, pengurusan sekolah perlu menyambut kedatangan murid dengan ramah, ceria dan penuh kasih serta memberikan semangat positif pada hari pertama.

“Ia bertujuan supaya murid berasa diterima dan bermotivasi untuk kembali memulakan sesi persekolahan.

"Selain itu, saya berharap semua sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dapat mengurus sebaik mungkin sekolah termasuk bersiapsiaga dengan infrastruktur melibatkan kerusi, meja, buku teks dan menyediakan program bersesuaian kepada semua murid,” ujarnya.

Terdahulu, KPM memaklumkan sesi persekolahan 2024/2025 bagi sekolah-sekolah di negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan bermula pada 10 Mac 2024, Ahad.

Manakala Kumpulan B yang merangkumi sekolah-sekolah di Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berlangsung 11 Mac 2024, Isnin

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok