Misi bersejarah ini melibatkan penyertaan lebih 44 negara, termasuk Malaysia yang tampil sebagai salah satu peneraju utama. Foto: Ihsan Facebook
Misi bersejarah ini melibatkan penyertaan lebih 44 negara, termasuk Malaysia yang tampil sebagai salah satu peneraju utama. Foto: Ihsan Facebook

Fakta ringkas flotilla, istilah yang kini tular!

09 Sep 2025 02:32pm

Istilah flotilla menjadi tular susulan pelaksanaan Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza yang kini sedang berlangsung sekali gus menarik perhatian dunia.

Misi bersejarah ini melibatkan penyertaan lebih 44 negara, termasuk Malaysia yang tampil sebagai salah satu peneraju utama.

Difahamkan, GSF merupakan misi maritim terbesar ke Gaza dan digerakkan oleh empat gabungan utama iaitu:

Foto: Ihsan Facebook
Foto: Ihsan Facebook

1) Global Movement to Gaza (GMTG), gerakan akar umbi solidariti antarabangsa.

2) Freedom Flotilla Coalition (FFC), berpengalaman 15 tahun mengendalikan misi laut termasuk kapal Madleen dan Handala.

3) Maghreb Sumud Flotilla, inisiatif dari Afrika Utara.

Artikel Berkaitan:

4) Sumud Nusantara, konvoi rakyat dari Malaysia bersama lapan negara lain di rantau Asia Tenggara.

Foto: Ihsan Facebook
Foto: Ihsan Facebook

Kesemua gabungan ini membentuk flotilla awam terbesar dalam sejarah moden, menjadikan isu kemanusiaan di Gaza terus mendapat sorotan global.

Hari ini, Sinar Bestari ingin membawa pembaca untuk memahami dengan lebih jelas tentang maksud sebenar flotilla iaitu istilah yang mungkin masih asing dalam kalangan masyarakat, namun mendapat perhatian susulan misi kemanusiaan ke Gaza.

Secara ringkas, flotilla merujuk kepada kumpulan kapal kecil atau sederhana yang berlayar secara berkonvoi untuk tujuan tertentu.

Foto: Ihsan Facebook
Foto: Ihsan Facebook

Perkataan ini berasal daripada bahasa Sepanyol di mana flota bermaksud armada manakala imbuhan illa membawa maksud kecil.

Secara literal (makna sebenar), flotilla bermaksud armada kecil atau kumpulan kapal kecil.

Flotilla bukan hanya dimiliki oleh tentera laut, tetapi juga digunakan untuk kapal dagang, pelancongan dan penyelidikan.

Foto: Ihsan Facebook
Foto: Ihsan Facebook

Ia lebih lincah daripada kapal besar dan sesuai untuk rondaan, serangan pantas dan menjaga kawasan perairan.

Dalam konteks ketenteraan, flotilla digunakan untuk operasi laut oleh pasukan tentera.

Manakala konteks moden pula, kumpulan armada kecil ini digunakan dalam misi bantuan kemanusiaan, solidariti rakyat dan protes aman.

Foto: Ihsan Facebook
Foto: Ihsan Facebook

Foto: Ihsan Facebook
Foto: Ihsan Facebook

Foto: Ihsan Facebook
Foto: Ihsan Facebook

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp