Contoh regangan pergelangan tangan dikongsikan dalam Bual Bestari baru-baru ini. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
Contoh regangan pergelangan tangan dikongsikan dalam Bual Bestari baru-baru ini. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid

Fisioterapi bantu pemain video online

Perkongsian gamer mengenai impak duduk terlalu lama kepada pelajar

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
15 Jul 2024 11:06am
A
A
A

Permainan video atas talian atau online seperti Arena of Valor, Dota 2, Mobile Legends, League of Legends, FIFA, Street Fighters, Hearthstone, Street Fighter V, PUBG Mobile sangat terkenal dalam kalangan kanak-kanak, remaja dan golongan dewasa.

Mereka sanggup menghabiskan masa berjam-jam lamanya di depan komputer, laptop atau telefon pintar hanya untuk bermain permainan itu sehingga tamat.

Ketaasuban bermain permainan video menyebabkan golongan itu tidak kisah untuk tidak makan, minum dan tidur asalkan mereka dapat bermain permainan yang diminati.

Namun, sedarkah kita bahawa duduk untuk jangka waktu yang panjang ketika bermain permainan online, boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif terhadap mental dan fizikal sekiranya tidak dibendung dengan kadar segera.

Antara yang paling ketara adalah menjejaskan kesihatan seseorang seperti sakit leher, tulang lemah, kerosakan otak, masalah postur badan dan penghadaman.

Sinar Bestari menerusi program bual bicara santai dikenali Bual Bestari mengupas isu berkenaan rawatan fisioterapi akibat duduk terlalu lama kerana bermain permainan online.

Ikuti perbincangan lanjut dengan Pensyarah Fisioterapi, KPJ Healthcare University (KPJU), Nur Syahirah Mohamad Rosli dan pemain (gamer), Ahmad Riaz Shah Syed Amanullah bersama hos, Nell Hanan.

FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid

NELL: Apakah risiko yang dihadapi pemain video jika mereka bermain secara berlebihan?

NUR SYAHIRAH: Bermain permainan video secara berterusan dan berlebihan akan membawa beberapa risiko masalah kesihatan antaranya postur seperti sakit belakang dan leher, sindrom Carpal Tunnel akibat penggunaan berlebihan di pergelangan tangan serta masalah mata kering.

Kajian juga menunjukkan bahawa bermain permainan dalam talian berlebihan boleh membawa kepada masalah mental seperti depresi, anxiety dan disorder.

Bagaimana pendekatan fisioterapi boleh membantu mencegah dan merawatnya?

Nell. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
Nell. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid

NUR SYAHIRAH: Antara pendekatan yang boleh digunakan oleh pemain adalah melakukan senaman dan aktiviti regangan ringkas secara berkala di bahagian pergelangan tangan, bahu, leher dan belakang sekurang-kurangnya 30 hingga 60 minit sahaja.

Senaman regangan itu terdiri daripada Prayer Position Stretch, Supinated Extensors Stretch, Joint Distraction: Wrists, Joint Distraction: Fingers And Thumbs, Reverse Prayer Position Stretch, Thumb Adductor Stretch dan Thumb Extensor Stretch.

Selain itu, pemain disaran memastikan kerusi dan meja sesuai dengan keadaan ergonomik.

Nur Syahirah. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
Nur Syahirah. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid

Adakah anda tahu tentang ergonomik dan melakukan senaman sebelum bermain permainan video?

AHMAD RIAZ: Setiap pemain sudah didedahkan dengan reka bentuk ergonomik dalam sesuatu produk. Kesesuaiannya itu penting bagi mengelak berlakunya sakit belakang, sakit pinggang dan sebagainya ketika duduk.

Mengenai senaman ringkas, saya sentiasa buat cuma bahagian pergelangan tangan sahaja jarang dilakukan.

Pernahkah mengalami kecederaan atau ketidakselesaan fizikal ketika bermain permainan online? Jika ya, apakah langkah-langkah diambil untuk mengatasinya?

AHMAD RIAZ:Pernah dan kebanyakkan kecederaan seperti sakit pergelangan tangan serta mata kering berlaku ketika bermain menggunakan telefon.

Sebab itu, saya memakai cermin mata yang menawarkan perlindungan asas terhadap cahaya terang dan sinar UV supaya mata tidak kering dan boleh fokus lama.

 Ahmad Riaz. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
Ahmad Riaz. FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid

Apakah usaha untuk mengubah persepsi bahawa permainan video boleh mempengaruhi kesihatan mereka?

NUR SYAHIRAH: Untuk ubah persepsi bahawa bermain game itu boleh dilakukan dengan sihat dan selamat adalah dengan mengadakan kempen kesedaran, bengkel dan ceramah berkaitan. Juga adakan kempen kesihatan awam untuk beri kesedaran kepada ibu bapa dan remaja mengenai risiko bermain permainan video berlebihan.

Apakah kaedah rawatan terbaharu dalam bidang fisioterapi berkaitan permainan video yang boleh diimplementasikan untuk meningkatkan kesihatan pemain?

NUR SYAHIRAH: Dalam fisioterapi, terdapat beberapa kaedah terbaharu yang boleh digunakan gamer dalam meningkatkan kesihatan dan mencegah kecederaan, antaranya laser terapi iaitu terapi yang menggunakan cahaya laser untuk menembusi sel dalam badan tisu kita.

Fungsinya, membantu mengurangkan keradangan dan mempercepatkan proses penyembuhan dan ia dilakukan di kawasan yang mengalami keradangan. Selain itu, kita boleh menggunakan kaedah Virtual Reality (VR) atau Realiti Maya yang biasanya digunakan kepada mereka berhadapan masalah saraf.

FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid
FOTO: Mohd Halim Abdul Wahid

Apakah saranan kepada pemain untuk mereka amalkan bagi mengelakkan kesihatan terjejas?

NUR SYAHIRAH: Hadkan masa bermain dan pastikan ada waktu rehat. Lakukan senaman ringkas secara berkala dan buat aktiviti fizikal seperti berjalan dan berenang. Dengan langkah-langkah ini, pemain boleh menikmati hobi mereka tanpa menjejaskan kesihatan mereka.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok