Berdasarkan jadual yang diumumkan, SPM 2025 akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan diakhiri dengan peperiksaan bertulis pada penghujung Disember. Foto: Arkib Sinar Bestari
Berdasarkan jadual yang diumumkan, SPM 2025 akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan diakhiri dengan peperiksaan bertulis pada penghujung Disember. Foto: Arkib Sinar Bestari

Jadual peperiksaan SPM 2025 diumumkan! Bermula 3 November dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
24 Oct 2025 12:01pm

Baru-baru ini, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan jadual rasmi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang dijadualkan berlangsung mulai November depan.

Berdasarkan jadual yang diumumkan, SPM 2025 akan dimulakan dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan diakhiri dengan peperiksaan bertulis pada penghujung Disember.

Berikut merupakan tarikh-tarikh penting peperiksaan SPM 2025 sebagai rujukan calon, guru dan ibu bapa:

1) Ujian Bertutur Bahasa Melayu (3 hingga 6 November)

2) Ujian Bertutur Bahasa Inggeris (10 hingga 13 November)

3) Ujian Amali Sains (17 hingga 19 November)

4) Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris (20 November)

5) Peperiksaan bertulis SPM (25 November hingga 23 Disember)

Artikel Berkaitan:

Untuk jadual penuh peperiksaan SPM 2025, anda boleh membuat semakan melalui pautan rasmi yang disediakan DI SINI. 

 

 

Ringkasan AI

  • Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan jadual peperiksaan SPM 2025
  • SPM 2025 akan bermula dengan Ujian Bertutur Bahasa Melayu
  • Diakhiri dengan peperiksaan bertulis pada Disember
  • Ujian bertutur dan amali akan diadakan sepanjang November
  • Jadual penuh peperiksaan boleh disemak melalui pautan rasmi
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp