Garis Panduan Pengoperasian Sekolah 4.0 bakal diumum Rabu ini

Adlan Farhan Azwan
26 Apr 2022 01:07pm
A
A
A

PUTRAJAYA - Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 akan diumumkan pada Rabu ini selepas pengumuman mengenai kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) mahu memastikan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0 yang akan diumumkan itu, selaras dengan apa yang diumumkan KKM.

“Selesai sahaja pengumuman KKM, kita selaraskan perkara yang dibincangkan dengan KKM dan akan mengumumkan garis panduan 4.0 dalam masa terdekat, katanya ketika berucap pada Majlis Ihya Ramadan Bersama Media di sini, baru-baru ini.

Baca juga

Penyediaan lokar di sekolah dibuat secara berfasa – KPM

Panduan buat ibu bapa, pastikan anak autisme ada kemahiran asas ini sebelum bersekolah

Mohd Radzi berkata, pembukaan sekolah yang bermula sejak Mac lalu dilakukan dengan niat untuk tidak lagi menutupnya, justeru ia perlu dilaksanakan dengan cermat.

"Kita tahu bahawa ramai ingin melihat sektor pendidikan dibuka dengan lebih meluas. Insya-ALLAH kita sudah buka sedikit demi sedikit cuma kita mengambil pendekatan lebih cermat.

"Biar lambat asalkan selamat, sebab bila kita buka nanti Insya-ALLAH kita dapat terus beroperasi dan sekolah tidak perlu ditutup lagi," ujarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Terdahulu, Mohd Radzi menjelaskan bahawa Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 4.0, bakal diumumkan bulan ini di mana ia termasuk aktiviti kokurikulum yang sebelum ini hanya dibenarkan di sekolah saja, selain penggunaan kantin.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin pula berkata, kelonggaran beberapa SOP Covid-19 yang bakal diumumkan Rabu ini, bersifat selamat dan cermat bagi memastikan kerajaan tidak mahu tersilap langkah dan mengelak usaha yang dilakukan untuk mengawal wabak Covid-19 selama ini, disia-siakan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok