Anggota bomba yang terlibat dalam operasi SAR dekat Jeti Chenor, Maran pada Ahad. Foto: JBPM
Anggota bomba yang terlibat dalam operasi SAR dekat Jeti Chenor, Maran pada Ahad. Foto: JBPM

Guru dikhuatiri lemas selepas terjatuh Sungai Pahang ketika memancing

ROSILAWATI ROSEDIROSILAWATI ROSEDI
24 Nov 2024 11:42pm

MARAN - Seorang guru lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Pahang berhampiran jeti Chenor ketika memancing pada Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.39 petang.

Menurutnya, 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Maran bersama empat jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Bukit Angin telah diminta bersedia untuk hadir ke lokasi kejadian.

"Komander operasi turut melaporkan membuat kerja-kerja pencarian di permukaan di lokasi dengan menggunakan bot bomba dan bantuan bot orang awam," katanya.

Antara anggota yang terlibat dalam SAR mangsa di lokasi kejadian. Foto: JBPM
Antara anggota yang terlibat dalam SAR mangsa di lokasi kejadian. Foto: JBPM

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) turut disertai anggota polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam.

Sementara itu, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Maran melaporkan, mangsa dikenali sebagai Murdani Ab Rahman, 53, yang juga seorang guru disedari terjatuh ke dalam sungai oleh orang awam.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp