Kemenangan SJKC Maran dalam KWN Global Summit 2024 membanggakan seluruh rakyat Malaysia.
Kemenangan SJKC Maran dalam KWN Global Summit 2024 membanggakan seluruh rakyat Malaysia.

SJKC Maran rangkul KWN Kids Award! ‘Murid-murid Pahang memang hebat’ - Warganet

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
12 Nov 2024 09:32am

Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina (SJKC) Maran, Pahang mengharumkan nama negara apabila diumum pemenang KWN Kids Award Kategori Sekolah Rendah menerusi pertandingan Kid Witness News (KWN) Global Summit 2024, Tokyo, Jepun baru-baru ini.

Difahamkan, anugerah tersebut adalah salah satu daripada empat anugerah utama yang dipertandingkan dalam KWN Global Summit 2024.

SJKC Maran yang dianggotai empat murid iaitu Chai Jing Zac, Muhammad Afif Firas Mohd Faizal, Law Kin Sley dan Rizqi Zayyaan Zulkifli serta Cikgu Lim Qian Li (selaku guru pengiring) telah menghasilkan video pendek bertajuk Silent Sacrifice: A Tale of Hunger and Hope / Malaysia.

Dengan durasi 4:59, video SJKC Maran telah diiktiraf kerana keaslian, semangat kerjasama dan mesej yang menginspirasi sekali gus menjadikan mereka penerima KWN Kids Award yang sangat berprestij bagi Kategori Sekolah Rendah.

No Image Caption

Bagi yang ingin menonton hasil karya mereka, anda boleh menyaksikannya menerusi https://youtu.be/WaH3luovGro?feature=shared

Sementara itu, ruangan komen di Facebook Jabatan Pendidikan Negeri Pahang tidak henti-henti menerima ucapan tahniah daripada semua pihak tentang kejayaan murid-murid dari sekolah itu.

"Satu kebanggaan atas kejayaan ini. Warga pendidikan Pahang mengucapkan syabas dan tahniah.”

Artikel Berkaitan:

"Thank you for making the country proud. YOU GUYS TRULY ARE STANDING IN THE EYES OF THE WORLD!!!

"Congratulations to Miss Lim and the kids."

"Congrats to the team."

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp