No Image Caption

Hanya tiga murid di SK Desa Permai, sesi persekolahan tahun 2026 tenang - Netizen

ASYIKIN ASMINASYIKIN ASMIN
14 Jan 2026 08:30pm

Terletak jauh di pedalaman Kinabatangan, Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Permai hanya menerima seramai tiga murid pada sesi persekolahan tahun ini.

Situasi itu tular di media sosial selepas satu video berdurasi 41 saat memaparkan kehadiran tiga murid, termasuk seorang kanak-kanak perempuan, yang dihantar oleh ibu bapa masing-masing pada hari pertama persekolahan.

Dalam perkongsian di akaun TikTok milik shahrulnaemx, beliau menyertakan kapsyen yang menggambarkan suasana sesi hari pertama persekolahan di kawasan pedalaman.

"Sesi pertama persekolahan edisi sekolah pedalaman. Dah jadi hobi tiap pagi tengok budak budak datang sekolah macam ni," tulisnya.

Rakaman itu mencuri perhatian ramai warga maya apabila hanya tiga murid kelihatan mengikuti sesi persekolahan, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dan komen.

Rata-rata netizen menyifatkan suasana pembelajaran yang tenang tanpa kehadiran ramai murid berbeza dengan kebanyakan sekolah lain.

Malah ada yang berpandangan jumlah murid yang kecil membolehkan mereka memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran.

Selain itu, tidak kurang juga warga maya yang mendoakan agar ketiga-tiga murid tersebut terus bersemangat menimba ilmu serta memperoleh masa depan yang cemerlang.

Difahamkan, lokasi sekolah tersebut jauh di pedalaman dalam kawasan Kuamut dan jalan perhubungan menggunakan bot.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Terletak jauh di pedalaman Kinabatangan, Sekolah Kebangsaan (SK) Desa Permai hanya menerima seramai tiga murid pada sesi persekolahan tahun ini
  • Situasi itu tular di media sosial selepas satu video berdurasi 41 saat memaparkan kehadiran tiga murid, termasuk seorang kanak-kanak perempuan, yang dihantar oleh ibu bapa masing-masing pada hari pertama persekolahan
  • Rakaman berkenaan mencuri perhatian ramai warga maya apabila hanya tiga murid kelihatan mengikuti sesi persekolahan
  • Rata-rata netizen menyifatkan suasana pembelajaran yang tenang dan membolehkan tumpuan sepenuhnya terhadap pelajaran kerana jumlah murid yang kecil
  • Lokasi sekolah tersebut jauh di pedalaman dalam kawasan Kuamut dan jalan perhubungan menggunakan bot
Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp