Hui Ying bergambar kenangan bersama murid di SK Tan Sri P. Ramlee, Pulau Pinang, Isnin.
Hui Ying bergambar kenangan bersama murid di SK Tan Sri P. Ramlee, Pulau Pinang, Isnin.

Hui Ying sumbang RM61,600 buat dua sekolah di Tanjong

MOHD ISKANDAR OTHMAN
22 Apr 2024 07:37pm
A
A
A

Meskipun tidak lagi berkhidmat di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), namun komitmen berterusan untuk memajukan pendidikan dan pembangunan pelajar berkeperluan khas tetap menjadi perhatian Lim Hui Ying.

Hui Ying yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan, bertukar portfolio sebagai Timbalan Menteri Kewangan tetap prihatin dengan keperluan murid khususnya berkeperluan khas di kawasan Tanjong dalam memastikan mereka selesa ketika berada di sekolah.

Bagi tujuan itu, beliau mengumumkan sumbangan RM61,600 kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Tan Sri P Ramlee dan SK Pendidikan Khas Jalan Hutton di Pulau Pinang untuk kerja-kerja naik taraf yang akan dijalankan.

"Walaupun saya telah bertukar portfolio dan tidak lagi terlibat secara langsung dengan Kementerian Pendidikan, sokongan terhadap pendidikan khas dan sekolah-sekolah di kawasan Tanjong akan terus menjadi keutamaan.

"Sejumlah RM20,000 akan diperuntukkan kepada SK Tan Sri P. Ramlee untuk Program Pembangunan Pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), manakala RM41,600 telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Jalan Hutton untuk menaik taraf dan penyelenggaraan Taman Nur Kasih, dewan sekolah dan sebagainya melalui Projek Mesra Rakyat (PMR)," katanya ketika berucap pada majlis Hari Raya Aidilfitri di SK Pendidikan Khas Jalan Hutton di sini pada, Isnin.

Hui Ying (kiri) menanam pokok sempena program menanam satu juta batang pokok di Pinang Pinang.
Hui Ying (kiri) menanam pokok sempena program menanam satu juta batang pokok di Pinang Pinang.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjong berkata, melalui maklumat yang diterima dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang memaklumkan terdapat enam buah sekolah di kawasan Tanjong masih tidak ada papan pintar (smartboard) untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, bagi memastikan kemudahan teknologi itu turut digunakan murid-murid sekolah terbabit, beliau berjanji akan meneliti isu berkenaan dan bekerjasama dengan pihak lain bagi merealisasikannya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok