Kesemua institusi pendidikan bawah KPM perlu sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah. (Gambar hiasan)
Kesemua institusi pendidikan bawah KPM perlu sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah. (Gambar hiasan)

Institusi pendidikan bawah KPM perlu patuh garis panduan anjur aktitiviti luar

20 Apr 2024 09:07pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) meminta semua institusi pendidikan di bawah kementerian itu untuk sentiasa mematuhi garis panduan penganjuran aktiviti luar bilik darjah.

KPM dalam kenyataan memaklumkan pihaknya komited memastikan aspek keselamatan dan kesejahteraan murid sentiasa diberi perhatian.

Terdahulu, KPM menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada keluarga pelajar Tingkatan Dua dari Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar di Kuala Pilah, Negeri Sembilan iaitu Nuqman Naufal Shamsul Fadzli yang meninggal dunia ketika menyertai aktiviti merentas desa pada Jumaat.

"KPM menyeru semua pihak untuk menghormati privasi keluarga Allahyarham Nuqman Naufal. Pada masa sama, KPM telah mengambil tindakan segera untuk memberi bantuan kebajikan kepada pihak keluarga," katanya.

Nuqman Naufal,14, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai aktiviti merentas desa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Deputi Superintenden Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata, keterangan bapa pelajar itu mendapati Nuqman Naufal menghidap jantung berlubang pada tahun 2016 dan mempunyai kad rawatan dari Institut Jantung Negara, selain sentiasa dibekalkan dengan ubat-ubatan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok