Ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan penempatan pelajar ke KAA bermula hari ini hingga 10 Mac 2023.
Ibu bapa dan penjaga boleh membuat semakan penempatan pelajar ke KAA bermula hari ini hingga 10 Mac 2023.

Info penting! Semakan penempatan pelajar Kelas Aliran Agama bermula 1 hingga 10 Mac sahaja

ROSHLAWATY MD RAIEH
01 Mar 2023 02:15pm
A
A
A

Keputusan permohonan dan rayuan penempatan pelajar ke Tingkatan Satu Kelas Aliran Agama (KAA) Sesi Akademik 2023/2024 boleh disemak bermula 1 Mac hingga 10 Mac 2023.

Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dalam satu kenyataan memaklumkan ibu bapa dan penjaga boleh menyemak status keputusan permohonan menerusi Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Selain keputusan permohonan, ibu bapa dan penjaga perlu peka dengan beberapa info penting yang dikongsi JPNS kepada mereka.

Untuk itu, Sinar Bestari senaraikan beberapa maklumat yang wajib diberi perhatian oleh ibu bapa dan penjaga.

1) Semak status keputusan permohonan melalui Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

2) Sila buat pengesahan penerimaan tawaran kepada pengetua sekolah masing-masing pada 1 atau sebelum 17 Mac 2023. Tawaran ini akan terbatal sekiranya pelajar tidak melapor diri pada tarikh pendaftaran yang ditetapkan, maklumat permohonan yang dikemukakan tidak benar dan pemohon bukan warganegara Malaysia. Pelajar tidak dibenarkan membuat pertukaran ke KAA lain berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil: 3/2010.

3) Ibu bapa/penjaga dikehendaki mencetak surat tawaran secara dalam talian ke KAA Negeri Selangor bermula 1 hingga 10 Mac ini.

4) Maklumat berkaitan pendaftaran pelajar Tingkatan Satu KAA Negeri Selangor sesi persekolahan 2023/2024 akan diadakan pada:

Artikel Berkaitan:

i) Tarikh: Hubungi pihak sekolah

ii) Masa pendaftaran: Hubungi pihak sekolah

5) Makluman kepada pelajar yang tidak berjaya ke KAA Negeri Selangor, mereka boleh membuat rayuan secara manual. BORANG RAYUAN MANUAL boleh dicetak menerusi Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor Kemudian, borang rayuan KAA perlu di hantar ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau sekolah KAA yang dipohon.

i) Tarikh rayuan manual: 1 hingga 17 Mac 2023.

6) Layari Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor untuk maklumat lanjut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok