No Image Caption

Isu pelajar OKU dibuli guru dapat perhatian KPM

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
22 Aug 2023 04:24pm
A
A
A



Isu pelajar perempuan orang kurang upaya (OKU) yang didakwa menjadi mangsa buli seorang guru sehingga trauma mendapat perhatian Kementerian Pendidikan (KPM).

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, kementerian telah pun mengenal pasti pihak yang terlibat termasuk sekolah berkenaan.

“Banyak pihak terlibat dan isu berkenaan akan dilihat secara menyeluruh. Setakat ini kes dalam siasatan dan kita akan pastikan proses ini berlangsung dengan baik,” katanya pada sidang akhbar Pelancaran Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, pada Selasa.

Sebelum ini tular di laman sosial X tentang seorang pelajar berstatus OKU yang didakwa menjadi mangsa buli seorang guru wanita di sekolah sehingga mengalami trauma.

Menurut satu ciapan oleh Pedopop, seorang wanita yang juga ahli keluarga pelajar berkenaan mendedahkan adiknya dipaksa untuk bersukan meskipun baru sahaja menjalani pembedahan mata yang membuatkannya tidak boleh berjemur atau kena panas.

“Guru yang sama juga pernah sebarkan cerita bahawa adik aku malas solat kerana datang haid. Paling teruk dia siap hendak ugut buka kain adik aku.

“Macam-macam hinaan dia buat tapi adik aku telan sahaja dan sekarang adik aku dah trauma dan berbulan tak pegi sekolah berpunca daripada tindakan guru itu.

“Dia punya perubahan ketara sampai banyak kali dia termenung seorang diri. Bila pergi dekat rupanya sedang menangis,” beritahu salah seorang ahli keluarga pelajar berkenaan kepada Pedopop.

Artikel Berkaitan:


Apa yang paling dikesalkan meskipun perkara tersebut telah diadukan oleh bapanya kepada pihak sekolah, tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

Malah, adiknya dituduh mereka cerita dengan apa yang terjadi.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok