No Image Caption

Isu perlakuan seksual dalam kalangan remaja membimbangkan

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK
28 Jul 2023 12:03pm
A
A
A

Isu perlakuan seksual dalam kalangan remaja yang berumur seawal 13 tahun dilihat semakin membimbangkan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pendidikan mengenai reproduktif dicadangkan untuk ditambah dalam waktu pembelajaran sekolah.

Ujar beliau, isu berkenaan akan dibawa ke pengetahuan jemaah menteri tidak lama lagi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bagi membolehkan langkah drastik menangani masalah itu dikenal pasti.

Perkara tersebut dinyatakan dalam satu sidang media selepas Ahmad Zahid mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bil.2 Tahun 2023 di Putrajaya pada Khamis.

Sementara itu, Nancy dalam siding media yang sama mengulas, kertas kabinet berkaitan isu perlakuan seksual melibatkan remaja akan disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan akan dibawa ke mesyuarat abinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Artikel Berkaitan:


Jelas beliau, berdasarkan kaji selidik yang dilakukan dalam kalangan remaja tidak berkahwin berusia antara 13 hingga 24 tahun, isu tersebut dilihat membimbangkan.

“Kita (KPWKM) telah anjur program pendidikan kesihatan reproduktif di merata tempat dan kali ini kita ingin panjangkan ke sekolah,” katanya memetik Bernama.

Berdasarkan kaji selidik yang dikongsikan kementerian itu, sebanyak 68.8 peratus remaja berusia antara 16 hingga 24 tahun pernah melakukan hubungan seks manakala 31.2 peratus remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun juga pernah melakukan hubungan sejenis.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok