pexels-pavel-danilyuk-8423043
pexels-pavel-danilyuk-8423043

Jabatan pendidikan UK guna mesin biometrik kesan ketidakhadiran murid

Rasyidah Zulkifi
29 Jan 2022 08:27am
A
A
A

LONDON - United Kingdom (UK) menggesa kakitangan pendidikan supaya mendaftar percubaan sistem biometrik sebagai langkah mengesan ketidakhadiran murid sekolah dengan lebih cekap.

Mesin biometrik ini bakal menggantikan bentuk pengumpulan data yang lama jika percubaan ini berjaya.

Difahamkan pendekatan ini akan membantu kerajaan untuk memahami isu ketidakhadiran murid yang dihadapi oleh pihak sekolah.

Baca juga Chris Deng, etnik Kenyah pertama yang diterima masuk ke Universiti Oxford

Baca juga Guru besar di England terkejut pengumuman PM, had penggunaan pelitup muka di dalam bilik darjah

Aplikasi kehadiran bergerak ini bakal dijalankan oleh Edu Wonde selepas mendapat persetujuan daripada pihak sekolah untuk berkongsi data kehadiran harian murid dengan jabatan pendidikan (DfE).

Data ini akan diekstrak secara automatik daripada sistem pengurusan maklumat tanpa perlu menggunakan kaedah lama.

Terdahulu, pesuruhjaya kanak-kanak, Dame Rachel de Souza menyuarakan pendapat mengenai ketidakhadiran murid di parlimen.

Sistem ini dilihat seiring seruannya bagi mengesan ketidakhadiran murid antara 80,0000 hingga 100,000 ke sekolah.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

"Kaedah lama terhad jadi kami tak dapat melihat siapa yang berada di sekolah sekarang.

“Pada masa ini kita hanya dapat melihat peratusan murid yang tidak bersekolah, kita tidak tahu sama ada mereka orang yang sama seperti semalam atau hari ini.

“Jadi saya benar-benar mahu melihat sistem pengurusan maklumat murid dinaik taraf untuk membantu kami," katanya.

Sumber: Schools Week

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok