pexels-karolina-grabowska-4197565
pexels-karolina-grabowska-4197565

Guru besar di England terkejut pengumuman PM, had penggunaan pelitup muka di dalam bilik darjah

Rasyidah Zulkifi
21 Jan 2022 03:57pm
A
A
A

Perdana Menteri United Kingdom (UK), Boris Johnson mengumumkan bahawa kerajaan mengehadkan pemakaian pelitup muka di dalam bilik darjah berkuat kuasa minggu ini.

Keputusan tersebut mengejutkan ramai guru besar di negara tersebut kerana kadar kes Covid-19 dilaporkan kekal tertinggi dengan 1,410 bagi setiap 100,000 orang.

Walaupun demikian, semua sekolah tetap mengambil langkah berjaga-jaga kerana varian Omicron merebak dengan cepat.

Baca juga: Ini perkara yang mak ayah perlu lakukan sepanjang anak-anak cuti sekolah. Memang menarik! 

Baca juga: Sekolah diminta hantar laporan kerosakan akibat banjir kepada KPM – Mohd Alamin 

Sekolah St Peter's Church antara sekolah yang menggalakkan pemakaian pelitup muka di dalam bilik darjah berdasarkan ramalan kes Covid-19 akan terus meningkat di sekitar Devon.

Pemakaian pelitup muka bukan lagi kewajipan di sekolah-sekolah England.

"Walaupun kerajaan tidak lagi menggalakkan pemakaian pelitup muka di dalam bilik darjah, saya akan meminta pelajar agar terus memakainya.

“Memakai pelitup muka adalah pendekatan yang baik dan bertimbang rasa yang menyokong komuniti sekolah dan keluarga," kata guru besar, Phil Randall, dalam mesej kepada ibu bapa.

Sementara Guru Besar sebuah sekolah di Durham, Andy Byers berkata pemakaian pelitup muka di wilayah itu masih diperlukan kerana kadar kes Covid-19 masih tinggi.

"Saya memaklumkan bahawa lebih daripada 60 pelajar dan 10 kakitangan di sekolah tidak hadir kerana dijangkiti virus Covid-19.

"Begitu juga dengan sekolah-sekolah lain menghadapi masalah yang sama iaitu kadar ketidakhadiran tinggi, pelajar keciciran dan kebergantungan kepada guru ganti," kata Byers.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/ 

Pada masa yang sama, sekolah lain di Persekutuan Harris pula memberikan pilihan pemakaian pelitup muka bagi murid yang ingin memakainya.

Sekolah rendah Greatfield Park di Cheltenham pula telah meminta ibu bapa dan penjaga untuk menguji anak-anak mereka setiap pagi.

Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid menyokong keputusan Johnson mengehadkan pemakaian pelitup muka di dalam bilik darjah kerana bilangan kes nasional yang menurun dan pemakaian pelitup muka memberi kesan terhadap pembelajaran.

Sumber: The Guardian

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok