Patuhi garis panduan dan jangan potong BAP murid.
Patuhi garis panduan dan jangan potong BAP murid.

Jangan potong BAP murid - KPM

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
27 Jan 2024 12:46pm

“Penyaluran bantuan bernilai RM150 bagi setiap murid perlu diberi tanpa melakukan sebarang bentuk pemotongan.

Demikian tegas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan media, hari ini.

Dengan merujuk kepada Bantuan Awal Persekolahan (BAP), KPM berkata, semua sekolah diarah mematuhi garis panduan berkaitan pelaksanaan bantuan tersebut.

“Kami menerima beberapa aduan mengenai penyaluran BAP kepada murid.

“Bantuan sebanyak RM150 perlu diberi tanpa sebarang pemotongan.

“Inisiatif peruntukan BAP bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga,” ujar kenyataan itu.

Sambung KPM, penyaluran BAP dilakukan melalui sekolah secara kredit ke akaun murid atau secara tunai.

Sebarang pertanyaan atau aduan mengenai penyaluran BAP boleh dibuat menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) KPM.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp