Beberapa peserta menyiapkan tugasan yang diberi menerusi pembabitan mereka dalam Program Jelajah TVPSS baru-baru ini.
Beberapa peserta menyiapkan tugasan yang diberi menerusi pembabitan mereka dalam Program Jelajah TVPSS baru-baru ini.

Jelajah TV PSS dedah ilmu berkaitan kewartawanan dan penyiaran

ROSHLAWATY MD RAIEH
20 Jun 2023 09:17am
A
A
A

Sebanyak 20 buah sekolah rendah dan menengah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, Shah Alam, Selangor telah menyertai Program Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) di Auditorium Kompleks Kumpulan Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor pada Rabu.

Antara sekolah yang terlibat dalam program anjuran Sinar Bestari dengan kerjasama Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan (SSTP), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Setia Alam, SK Seksyen 27 (2) dan SK Bandar Anggerik, Shah Alam; SK USJ 2, Subang Jaya serta SK Taman Sungai Besi Indah, Seri Kembangan.

Turut serta ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 11, SMK Seksyen 24 (2), Shah Alam; SMK Seri Indah, Seri Kembangan serta Sekolah Agama Menengah (SAM) Bestari, Subang Jaya.

No Image Caption

Menurut Guru Perpustakaan dan Media (GPM), SK Taman Sungai Besi Indah, Cikgu Maizatul Akma Mohd Rashid, penganjuran siri jelajah TVPSS cukup bagus dalam memberi pendedahan kepada murid berhubung kemahiran kewartawanan dan penerbitan.

“Hari ini saya bawa lima murid untuk mereka menimba ilmu berkaitan TV PSS.

“Apa yang saya lihat, masing-masing memiliki bakat terpendam berkaitan multimedia dan teruja mengikuti program hingga tamat.

“Insya-ALLAH, saya akan pastikan murid-murid mengaplikasikan apa yang dipelajari sekali gus mampu menghasilkan dokumentasi sendiri,” ujarnya kepada Sinar Bestari.

Artikel Berkaitan:

Cikgu Maizatul Akma
Cikgu Maizatul Akma

Bagi GPM SK Serdang, Cikgu Muhammad Zikry Baderol Iskandar, Jelajah TV PSS mampu menjalin hubungan mesra antara sekolah dengan komuniti.

“Saya berharap program sebegini akan diteruskan lagi dengan lebih banyak penambahan aktiviti berkenaan bidang multimedia,” ujarnya.

Cikgu Muhammad Zikry Baderol
Cikgu Muhammad Zikry Baderol

Sementara itu, GPM SMK Bandar Puchong Jaya (B), Cikgu Nur Muhammad Hapizudin berkata, TV PSS menjadi medan untuk para pelajar menyerlahkan bakat mereka dalam bidang disukai.

“Pelajar yang datang pada hari ini seramai lima orang yang terdiri Pengawas Pusat Sumber (PSS).

“Rata-ratanya mempunyai bakat dalam penghasilan video dan kewartawanan cuma belum mendapat pendedahan sepenuhnya oleh mereka yang pakar.

“Justeru, kehadiran dalam Jelajah TV PSS ini secara tidak langsung memberi peluang pada mereka untuk menimba ilmu baharu berhubung asas kewartawanan dan pengendalian studio mini di sekolah,” ujar Cikgu Nur Muhammad.

Cikgu Nur Muhammad
Cikgu Nur Muhammad

Apa Kata Mereka

1) “Saya seronok sangat mengikuti program ini. Banyak ilmu baharu yang dipelajari, tidak sabar rasanya untuk menghasilkan video selepas ini.” - Nur Akma Athirah Nazri, 12, SK Taman Sungai Besi Indah.

Nur Akma Athirah
Nur Akma Athirah

2) “Dulu saya tidak mahir menghasilkan video tetapi sekarang saya sudah pantas. Terima kasih kerana menganjurkan program sehebat ini.” - Muhammad Adih Shamel Shariman, 12, SK Taman Sungai Besi Indah.

Muhammad Adih Shamel
Muhammad Adih Shamel

3) “Cita-cita saya menjadi wartawan. Jadi, bila sertai Jelajah TVPSS ini, semangat berkobar-kobar untuk bergelar seorang wartawan kelak.” - Nur Adawiyah Hamani Mohamad Hasri, 12, SK Jalan U3, Shah Alam, Selangor.

Nur Adawiyah Hamani
Nur Adawiyah Hamani

4) “Teruja dengan program seharian ini. Rasanya ingin sertai lagi dan menuntut pelbagai ilmu kewartawanan dengan yang pakar.” - Nur Batrisya Damia Mohd Faiz, 12, SK Jalan U3.

Nur Batrisya Damia
Nur Batrisya Damia

5) “Kalau boleh saya mahu menjadi seorang pembaca berita yang berjaya. Oleh itu, saya perlu menimba banyak ilmu baharu yang berkaitan.

“Apa yang saya lihat, program Jelajah TVPSS adalah saluran terbaik untuk kembangkan bakat. Doakan saya berjaya.” - Nur Shafika Albares, 15, SMK Taman Desaminium, Seri Kembangan, Selangor.

Nur Shafika
Nur Shafika

6) “Dulu saya tiada keyakinan untuk bercakap di hadapan rakan-rakan. Bagaimanapun, selepas mengikuti program ini, saya semakin berani dan tidak gugup lagi jika diminta untuk berucap.” - Emann Qaireen Ixora Azizan, 15, SMK Taman Desaminium.

Emann Qaireen Ixora
Emann Qaireen Ixora

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok