UMS-JEPUN-SINARBESTARI-2023
UMS-JEPUN-SINARBESTARI-2023

Jepun minat perkukuh pengajian tinggi di Sabah

nadzarul.amir
11 Jan 2023 02:01pm
A
A
A

Perkongsian budaya, pertukaran akademik (pengajian tinggi) dan penyelidikan mampu membantu mempertingkatkan keperibadian para pelajar di negara ini.

Ia dapat memberi pendedahan kepada para pelajar berkenaan dengan dunia luar dengan lebih dekat lagi.

Kunjungan hormat delegasi Jepun ke Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang diketuai Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko telah membuka ruang untuk perbincangan ke arah kerjasama berkenaan.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Hj Mansor berkata, beberapa rancangan strategik telah dibincangkan bagi memperkukuhkan lagi hubungan negara Jepun dan negeri Sabah khasnya menerusi perspektif pengajian tinggi.

“Kedua-dua pihak melihat wujud potensi baik yang boleh dimainkan atau diteruskan oleh kedutaan sendiri mahu pun penglibatan universiti-universiti berkaitan di Jepun bersama UMS dalam memperkembangkan lagi hubungan langsung antara Jepun dan Sabah.

“Khususnya dalam perkongsian budaya, pertukaran akademik (pengajian tinggi) dan juga penyelidikan yang berorientasikan kajian kawalan penyakit tropika, biodiversiti dan hidupan marin," katanya ketika menerima kunjungan hormat yang turut dihadiri Konsular, Pejabat Konsul Jepun di Sabah, Shiho Kako di pejabatnya baru-baru ini.

Hadir sama Setiausaha Pertama Konsul Pejabat Konsulat Kota Kinabalu, Saito Hiroaki; Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UMS, Dr Jakaria Dasan dan Timbalan Pengarah Penyelidikan Dan Inovasi Institut Penyelidikan Marin Borneo (IPMB), Profesor Madya Dr Ching Fui Fui @ Faihana Ching Abdullah.

Sementara itu, Takahashi memberitahu selama 65 tahun pelbagai hubungan dua hala telah dilakukan dalam pelbagai bidang yang telah mengeratkan hubungan diplomatik antara kedua-dua buah negara.

Katanya, kemesraan hubungan tersebut mampu dieratkan lagi menerusi hubungan antara universiti di Jepun dan khasnya UMS di Sabah.

“Salah satu daripadanya ialah kajian berkaitan penyakit perubatan tropika seperti Malaria Monyet, arbovirus, heat adaptation dan banyak lagi.

“Kedua-dua universiti telah menghasilkan beberapa output aktiviti bersama antaranya penerbitan berimpak tinggi, mobiliti pelajar dan pensyarah, lantikan profesor pelawat, permohonan geran Science and Technology Research Partnership for Sustainable Development (SATREPS) dan penubuhan kampus satelit di Nagasaki, Jepun," ujarnya.

Artikel berkaitan

Graduan OKU fizikal UMS tabah hadapi ujian, berjaya tamatkan pengajian

UMS rangkul 2 anugerah di Pertandingan Debat Antirasuah IPT

UMS lahir kumpulan pertama Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Minyak dan Gas


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok