Kumpulan peserta meraikan kemenangan masing-masing selepas berakhirnya pertandingan pidato #alam sekitar pada Jumaat.
Kumpulan peserta meraikan kemenangan masing-masing selepas berakhirnya pertandingan pidato #alam sekitar pada Jumaat.

Juara milik Wan Nur Marhanna dan Nur Azra Ilana

Pertandingan pidato #alam sekitar dan penglipur lara #alam sekitar tajaan KDEBWM beri peluang pelajar dalami ilmu alam sekitar

MOHAMAD AMREEL IMAN ABD MALEK & AISYAH BASARUDDIN
18 Sep 2023 10:41am
A
A
A

Bersempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari yang berlangsung pada 8 hingga 10 September 2023, KDEB Waste Management (KDEBWM) tampil dengan menaja dua pertandingan membabitkan penyertaan dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Dua pertandingan tersebut iaitu pertandingan pidato #alam sekitar dan pertandingan penglipur lara #alam sekitar telah diadakan selama dua hari iaitu pada Jumaat dan Sabtu di dua lokasi berbeza di Kompleks Karangkraf, Shah Alam, Selangor.

Pertandingan pidato #alam sekitar yang berlangsung di Studio My #QuranTime (MQT) menobatkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 7, Shah Alam, Selangor, Wan Nur Marhanna Meor Mohd Shahril sebagai juara dalam pertandingan tersebut.

Dia membawa pulang hadiah wang tunai RM400 selepas menewaskan 11 peserta lain dalam acara berkenaan.

Dalam pertandingan tersebut, naib johan dimenangi Muhd Irfan Daniel Irwan dari Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor dan tempat ketiga diraih Wan Zulaikha Ariesya Zulkifle dari SMK Assunta, Petaling Jaya, Selangor yang masing-masing menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250 dan RM100 selain saguhati bernilai RM50 ditaja KDEBWM.

Wan Nur Marhanna (tiga dari kanan) dinobat juara bagi pertandingan pidato #alam sekitar dan membawa pulang hadiah berjumlah RM400.
Wan Nur Marhanna (tiga dari kanan) dinobat juara bagi pertandingan pidato #alam sekitar dan membawa pulang hadiah berjumlah RM400.

Sementara itu, Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat KDEBWM, Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata, pertandingan pidato #alam sekitar merupakan peluang terbaik untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan pengurusan sisa pepejal.

“Kita harus tahu satu perkara bahawa kesedaran terhadap sisa buangan bukan sesuatu yang harus diketengahkan secara berkala atau bermusim. Ini kerana sampah sarap atau sebarang sisa buangan hakikatnya terhasil daripada orang ramai,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Wan Nur Marhanna (tiga dari kanan) bersama para pemenang dalam pertandingan pidato #alam sekitar di Studio MQT.
Wan Nur Marhanna (tiga dari kanan) bersama para pemenang dalam pertandingan pidato #alam sekitar di Studio MQT.

Nur Azra Ilana, johan penglipur lara cilik #alam sekitar

Dalam pada itu, pertandingan penglipur lara #alam sekitar yang juga ditaja KDEBWM menobatkan murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Pandan Indah, Kuala Lumpur, Nur Azra Ilana Mohd Azrul sebagai johan dalam acara itu.

Dia yang menyampaikan cerita bertajuk ‘Apa, Monyet Pengsan?’ telah membawa pulang hadiah wang tunai RM400.

“Saya begitu teruja dan gembira kerana muncul sebagai johan dalam pertandingan ini. Dengan wang kemenangan RM400 ini, saya mahu berikan kepada ibu bapa yang banyak membantu saya,” ujarnya ketika ditemui di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf.

Nurashidah (kanan) menyampaikan hadiah wang tunai kepada Nur Azra IIana (kiri) yang diumum juara pertandingan penglipur lara cilik #alam sekitar sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari.
Nurashidah (kanan) menyampaikan hadiah wang tunai kepada Nur Azra IIana (kiri) yang diumum juara pertandingan penglipur lara cilik #alam sekitar sempena Karnival Pendidikan Sinar Bestari.

Selain Nur Azra Ilana yang diumum sebagai juara, pertandingan berkenaan turut menobatkan murid SK Olak Lempit, Banting, Selangor, An Nur Asyfa Mohd Khafzan sebagai naib johan dengan hadiah wang tunai RM250 dan tempat ketiga dirangkul peserta SK Convent (1) Klang, Selangor, Nitthysha Kanagalingam (RM100).

Manakala saguhati RM50 masing-masing diberikan kepada Zara Afina dari SK Putrajaya Presint 16 (1), Putrajaya dan Gusti Adam, SK Dengkil, Selangor.

Seterusnya, Eksekutif Kanan, Komunikasi Korporat KDEBWM, Nurashidah Shaharudin menerangkan, pihaknya tertarik untuk menaja pertandingan itu kerana temanya berkait rapat dengan alam sekitar selain memberikan kesedaran kepada murid sekolah di negeri Selangor.

Menurut beliau, dalam masa sama, ia akan meluaskan lagi pengetahuan orang ramai mengenai peranan KDEBWM sebagai syarikat yang mengutip dan menguruskan sisa pepejal di sekitar Selangor.

Aksi Nur Azra Ilana ketika menyampaikan cerita bertajuk ‘Apa, Monyet Pengsan? pada pertandingan penglipur lara cilik #alamsekitar baru-baru ini.
Aksi Nur Azra Ilana ketika menyampaikan cerita bertajuk ‘Apa, Monyet Pengsan? pada pertandingan penglipur lara cilik #alamsekitar baru-baru ini.

Ditanya jika penganjuran karnival yang terbesar di Selangor itu diadakan pada masa hadapan, Nurashidah memaklumkan, pihaknya berbesar hati dan teruja untuk menjadi penaja sekiranya pihak penganjur berbuat demikian.

“Jika ia diadakan lagi pada tahun depan, kami akan berbesar hati untuk taja pertandingan seperti ini kalau ada rezeki dan diberi peluang. Karnival ini sangat bagus kerana ia melibatkan anak-anak dalam usaha mendidik mereka tentang apa-apa bidang ilmu sejak kecil,” ulasnya.

Barisan peserta pertandingan penglipur lara cilik #alam sekitar yang berlangsung di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.
Barisan peserta pertandingan penglipur lara cilik #alam sekitar yang berlangsung di Studio F, Kompleks Kumpulan Karangkraf pada Sabtu.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok