Ahmad Zahid (dua,kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang penerima pada Majlis Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim 1 di Pasir Mas pada Sabtu.
Ahmad Zahid (dua,kiri) menyampaikan hadiah kepada salah seorang penerima pada Majlis Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim 1 di Pasir Mas pada Sabtu.

Kebolehpasaran graduan TVET capai tahap 98.7 peratus

HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
06 Jul 2024 11:30pm
A
A
A

Kebolehpasaran graduan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang memperoleh peluang pekerjaan sejurus menamatkan pengajian di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) berada pada tahap 98.7 peratus.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, peratusan itu mengatasi kebolehpasaran graduan TVET peringkat nasional iaitu pada 94.5 peratus.

“Ini menunjukkan kursus-kursus yang diperkenalkan oleh institusi Mara (Majlis Amanah Rakyat), Felcra dan Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan) dibuat mengikut permintaan pasaran,” katanya semasa sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas, Kelantan pada Sabtu.

Menurutnya, KKDW telah membuka permohonan secara dalam talian kepada mereka yang berminat menerusi UP_TVET dengan menawarkan 10 pilihan bidang pengajian.

Ahmad Zahid menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim 1.
Ahmad Zahid menyampaikan ucapan perasmian pada Majlis Sambutan Karnival Kerjaya dan Sukan Anak Muda Madani 1.0 di Padang Sekolah Sultan Ibrahim 1.

Ujarnya, peluang ini tidak boleh dilepaskan kerana banyak tempat disediakan kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran.

Tambahnya, walaupun keputusan SPM kurang baik namun dengan mengikuti TVET mereka boleh menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Tahun ini sahaja pelaburan asing masuk ke Malaysia bernilai RM60 juta, universiti tidak mampu mengeluarkan pekerja yang mempunyai kemahiran untuk menampung keperluan.

Ahmad Zahid
Ahmad Zahid

“Jadi TVET penyelesaiannya, peluang ini perlu dimanfaatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid memaklumkan, kerajaan telah mewujudkan pengajian TVET khas untuk masyarakat Orang Asli.

Ujarnya, tawaran itu akan dibuat melalui Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa).

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok