Gambar hiasan.

Kredit foto: Freepik
Gambar hiasan. Kredit foto: Freepik

Kementerian Pengangkutan umum inisiatif bantuan tiket penerbangan pelajar universiti awam

AZLEENDA SAHALUDIN
06 Oct 2023 03:49pm
A
A
A

Kementerian Pengangkutan memaklumkan pelaksanaan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar universiti awam bagi laluan domestik Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diperluaskan.

Ia dibuka kepada pelajar politeknik dan kolej komuniti di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) serta pelajar matrikulasi dan institut pendidikan guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) bermula 6 Oktober 2023 susulan pengumuman pelaksanaan inisiatif berkenaan yang telah dibuat pada 12 Julai lalu.

Menurut kenyataan yang dimuat naik pada Jumaat, selaras dengan itu, para pelajar Politeknik, kolej komuniti, matrikulasi dan IPG boleh membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan https://subsidiudara.mot.gov.my/

“Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi tersebut dengan mana-mana syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines termasuklah MASSwings dan FireFly, AirAsia, Batik Air dan MYAirline.

“Sekiranya tidak layak, mereka boleh membuat semakan rayuan kepada KPT atau KPM melalui institusi pendidikan masing-masing,” katanya.

Bantuan ini adalah salah satu inisiatif Kerajaan Perpaduan untuk mengeratkan hubungan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah, Sarawak serta Wilayah Persekutuan Labuan selain turut menangani isu kos sara hidup selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Buat masa ini, pelajar yang layak hanyalah pelajar yang berdaftar di politeknik, kolej komuniti, matrikulasi dan IPG sehingga sesi akademik 2022/2023 serta belum menamatkan pengajian selepas sesi akademik tersebut.

Dalam pada itu, syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital bernilai RM300 kepada pelajar sebagai ‘credit shell’ bagi membeli tiket penerbangan.

Artikel Berkaitan:

Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada nilai berkenaan, baki baucar digital akan kekal dalam ‘credit shell’ dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.

Tarikh akhir penebusan baucar adalah pada 31 Disember depan namun jika pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok