Fadhlina (kiri,kiri) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kanan) bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan sempena Hari Pertama Sekolah Kelendar Akedemik Sesi 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Hulu Langat pada Isnin.
Fadhlina (kiri,kiri) bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (kanan) bercakap pada sidang media selepas mengadakan lawatan sempena Hari Pertama Sekolah Kelendar Akedemik Sesi 2025/2026 di Sekolah Kebangsaan Taman Pelangi, Hulu Langat pada Isnin.

Keputusan bersara awal adalah pilihan peribadi - Fadhlina

QURRATUL AINA QUDDUSQURRATUL AINA QUDDUS
17 Feb 2025 11:00am

Keputusan guru untuk bersara awal adalah pilihan peribadi yang perlu dihormati dan dipertimbangkan dengan teliti khususnya dalam konteks pendidikan yang berteraskan nilai kemanusiaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, terdapat pelbagai faktor seperti kesihatan dan tanggungjawab keluarga yang mempengaruhi keputusan tersebut.

“Kita perlu ingat keputusan untuk bersara awal adalah pilihan peribadi.

“Jika kita bercakap mengenai pendidikan manusiawi, pentadbiran kita juga perlu bersifat manusiawi dengan mengambil kira keinginan dan keperluan guru, terutama apabila ia berkaitan dengan isu kesihatan dan tanggungjawab keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas lawatan kerja yang dilakukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pelangi Semenyih, Hulu Langat pada Isnin.

Seramai 1,005 murid telah mendaftar masuk ke SK Taman Pelangi Semenyih, meliputi peringkat prasekolah hingga ke Darjah 6.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata, kerjaya sebagai guru memerlukan komitmen yang lama iaitu sehingga 30 tahun perkhidmatan.

Menteri itu berkata, ia merupakan antara faktor yang diambil kira dalam membuat keputusan untuk bersara awal.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, langkah intervensi yang efektif untuk mengimbangi kesan daripada persaraan awal juga amat penting.

“Perbincangan bersama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) amat penting bagi memastikan kekosongan ditinggalkan oleh guru yang bersara awal dapat diisi dengan pengambilan guru baharu secara konsisten.

“Ini penting untuk menangani isu kekurangan guru secara berterusan,” katanya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp