
Keputusan SPMU 2025 diumum esok
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) Tahun 2025 akan diumumkan esok, 21 Ogos 2025 (Khamis).
Menurut kenyataan medianya, seramai 10,049 calon telah mendaftar menduduki peperiksaan SPMU tahun ini di 186 pusat peperiksaan di seluruh negara.
"Semakan keputusan boleh dibuat mulai 21 hingga 27 Ogos 2025 (Khamis hingga Rabu), dari jam 10 pagi hingga 6 petang melalui dua kaedah:
1) Semakan dalam talian melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my; dan/atau
2) Semakan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPMU jarak
"KPM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon atas keputusan peperiksaan SPMU 2025," kongsi mereka.
Sementara itu, Sinar Bestari turut merakamkan ucapan tahniah kepada para pelajar yang mencapai keputusan cemerlang.
Jadikan ia sebagai batu loncatan untuk melangkah lebih jauh dalam dunia pendidikan dan kerjaya kelak.