Fadhlina (kiri) ketika menziarahi salah seorang pelajar yang menjadi mangsa banjir di Kedah baru-baru ini.
Fadhlina (kiri) ketika menziarahi salah seorang pelajar yang menjadi mangsa banjir di Kedah baru-baru ini.

Ketegasan Fadhlina ‘Walaupun tanpa bangunan sekolah, pendidikan harus tetap berlangsung’

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
27 Sep 2024 12:00pm

Proses menimba ilmu tidak terhad di sekolah dan juga dalam bilik darjah.

Sebaliknya ia wujud di mana sahaja asalkan pelajar mendapat pelbagai pengetahuan bagi membina masa depan yang lebih cerah.

Seperti kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dalam hantaran Facebook pada Rabu, yang memaklumkan di mana ada guru dan murid, di situlah wujudnya ‘sekolah’.

Catatan yang dibuat susulan program ziarah mangsa banjir di Kedah jelas membuktikan Menteri Pendidikan amat menitikberatkan pendidikan kepada para pelajar.

No Image Caption

"Walaupun tanpa bangunan sekolah, pendidikan harus tetap berlangsung.

"Sebab itu ada cendekiawan pernah menyebut, ‘Adat bersekolah, mesti berguru. Tetapi adat berguru, tidak mesti ke sekolah’.

"Ia adalah kata-kata hikmah untuk menunjukkan betapa pendidikan ini harus berlangsung dalam semua keadaan sama ada wujud sekolah atau tidak kerana ‘guru’ itu sentiasa ada. Begitulah maksud ‘Alam terkembang menjadi guru’,” tulisnya di media sosial.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Menurut Fadhlina, setiap individu akan menimba banyak ilmu ketika berdepan dengan bencana, bukan sahaja pengurusan dan puncanya, tetapi komitmen penyelesaiannya.

Malah ujarnya lagi, pendidikan bukan sekadar pencapaian akademik tetapi juga pemupukan daya kelangsungan upaya menghadapi cabaran dan dugaan hidup.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp