Sebahagian guru yang menerima AGI McDonald’s 2023 di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Sebahagian guru yang menerima AGI McDonald’s 2023 di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

Kisah 'luar biasa' 25 guru diangkat penerima Anugerah Guru Inspirasi

ROSHLAWATY MD RAIEH
18 May 2023 09:38am
A
A
A

Seramai 25 guru di negara ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Guru Inspirasi (AGI) McDonald’s 2023 pada Sambutan Hari Guru 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka baru-baru ini.

Masing-masing membawa pulang baucer hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi dan sijil.

Pada masa yang sama, sekolah di mana guru-guru berkenaan bertugas turut menerima peruntukan bernilai RM5,000 untuk penambahbaikan bilik guru.

Anugerah tahunan anjuran McDonald’s Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) turut tidak melupakan para pelajar yang telah mencalonkan guru-guru mereka dalam anugerah tersebut.

Atas persetujuan dan kelulusan KPM, selain trofi, sijil dan baucar bernilai RM500, setiap pelajar juga akan dihadiahkan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) sebagai inisiatif menghantar kisah-kisah menarik tentang guru-guru kebanggaan masing-masing.

Markah ini dapat membantu melonjakkan pencapaian pelajar dalam bidang ko-kurikulum, satu elemen penting dalam usaha ke arah kemenjadian murid.

No Image Caption

Sementara itu, AGI McDonald’s 2023 dianjurkan dengan tujuan menghargai warga pendidik yang telah memaparkan komitmen luar biasa dalam meningkatkan kecemerlangan akademik, sahsiah dan kemenjadian para pelajar.

Artikel Berkaitan:

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, pihaknya menerima banyak kisah-kisah luar biasa yang dihantar para pelajar.

“Kisah-kisah luar biasa yang diterima menunjukkan anugerah ini mendapat perhatian dan tarikan ramai.

“Malah ia juga dilihat sebagai satu platform masyarakat terutamanya pelajar untuk berkongsi cerita hebat guru mereka yang telah memberi impak dalam kehidupan masing-masing,” ujarnya pada majlis penyampaian AGI McDonald’s 2023, di MITC.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang telah menyempurnakan pengumuman 25 guru berkenaan.

Dalam pada itu, McDonald’s amat menghargai kerjasama strategik dan erat yang telah diberikan oleh KPM.

“Kejayaan kerjasama ini telah meningkatkan jumlah pencalonan yang berlipat kali ganda pada tahun ini iaitu melebihi 16,000 pencalonan,” ujarnya.

No Image Caption

Di sini, Sinar Bestari senaraikan 25 penerima AGI McDonald’s 2023 sebagai rujukan para pembaca.

Guru-guru ini telah dinilai berdasarkan kejayaan mereka ketika menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi impak kepada generasi muda negara.

Barisan penerima AGI McDonald’s 2023 terdiri daripada

1) Cikgu Akil Husaini Abdul Manan - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rapat, Ipoh, Perak.

2) Cikgu Alizarinah Ali - SMK Taman Indah, Negeri Sembilan.

3) Cikgu Anne Margarette Kho - Sekolah Kebangsaan (SK) Belipat, Lawas, Sarawak.

4) Cikgu Arif Hadri Japri - SK Pandan Indah, Kuala Lumpur.

5) Cikgu Atila Khazali - SMK Wangsa Maju, Seksyen 2, Kuala Lumpur.

6) Cikgu Azmi Zainuddin - Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak.

7) Cikgu Faisal Salim - SK Abi, Kangar, Perlis.

8) Cikgu Hasmol Watan Shamsol Bahrin - SMK Telok Mas, Melaka.

9) Cikgu Herdawati Selamat - SMK Telok Panglima Garang, Selangor.

10) Cikgu Kamilah Baserah - SMK Siong, Baling, Kedah.

Guru-guru 'luar biasa' yang menerima AGI McDonald’s 2023 baru-baru ini.
Guru-guru 'luar biasa' yang menerima AGI McDonald’s 2023 baru-baru ini.

11) Cikgu Khairul Nizam Aseh - SK Paya Bungor, Kuantan, Pahang.

12) Cikgu Liew Yuen Yun - SMK Muhibbah, Sandakan, Sabah.

13) Cikgu Marsila Ahmad - SMK Klebang Besar, Melaka.

14) Cikgu Mohd Akmal Halimin - SK Sungai Pinang, Tumpat, Kelantan.

15) Cikgu Mohd Rizal Abdul Rahim - SK Minden Heights, Pulau Pinang.

16) Cikgu Mohd Syahrizan - SMK Tengku Mahmud, Besut, Terengganu.

17) Cikgu Muhd Irfan Haqimi Othman - SK Parit Kasan, Bukit Gambir, Johor.

18) Cikgu Nur Anisah Majit - SK Pekan Satu, Labuan, Wilayah Persekutuan Labuan.

19) Cikgu Nurul Salina Abdul - SMK Sepagaya Lahad Datu, Sabah.

20) Cikgu Puveneswari Ganesan - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Yong Peng, Johor.

21) Cikgu Rosmina Yaacob - SMK Rantau Panjang, Klang, Selangor.

22) Cikgu Shaiful Putra - Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.

23) Cikgu Silan Anak Nyupeng - SK ST Theresa, Kampung Stenggang, Bau, Sarawak.

24) Cikgu Tuan Saripah Nor Riha Tuan Jaafar - SMK Shah Alam, Selangor.

25) Cikgu Vikneswaran M Gunalan - Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SMJKC) Chan Wa, Seremban, Negeri Sembilan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok