Untitled design (1)
Untitled design (1)

KPM janji tambah baik proses pemberian wang bantuan ke sekolah

firdaus.hanafi
18 Jan 2023 05:13pm
A
A
A

Susulan kejadian kecurian wang bantuan persekolahan bernilai RM109,000 di Beranang, Selangor pada Isnin, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berjanji akan menambah baik proses pemberian wang bantuan pada masa depan.

Menurut Fadhlina, pihaknya juga berjanji untuk bertukar kepada kaedah yang lebih selamat serta mudah untuk para penerima dan menerima baik cadangan-cadangan yang dari pelbagai pihak.

Katanya, antara saranan yang diterima adalah memindahkan wang tunai ke dalam akaun murid atau ibu-bapa dan cara ini dijangkakan lebih mudah dan selamat.

Fadlhina Sidek. Kredit foto: Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

“KPM mengambil maklum dan menerima baik cadangan yang diberikan, cuma sekarang proses pembayaran itu harus dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

“Penambahbaikan akan tetap ada dan dibuat dari semasa ke semasa termasuk pembayaran terus wang bantuan ke dalam akaun murid atau penjaga pada tahun mendatang,” ulasnya yang ditemui pada majlis pemberian sumbangan kepada 103 warga emas di Perkampungan Jawi, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Tambah Fadhlina, faktor seperti ada segelintir ibu-bapa murid yang tidak mempunyai akaun bank sendiri juga harus diambil kira.

“Kita memang tidak boleh mengubah proses pemberian ini secara drastik kerana perlu mengambil kira beberapa faktor penting.

“Contohnya seperti makluman yang pihak KPM terima di mana masih ada ibu-bapa atau penjaga kepada murid yang tidak mempunyai akaun bank sendiri.

“Sekarang kita bergantung dahulu dengan cara konvensional ini, namun akan buat perubahan ke cara yang lebih mudah, menjimatkan masa serta selamat,” katanya.

Artikel berkaitan

Bantuan Awal Persekolahan 12 Januari depan, ini yang perlu ibu bapa tahu

Pentingnya peranan guru sebagai pendidik

Pelajar wajib pelajari pendidikan literasi kewangan, ini nasihat penting pelatih kewangan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok