KPM mengambil perhatian laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara. - Kredit foto: World Bank
KPM mengambil perhatian laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara. - Kredit foto: World Bank

KPM laksana pelbagai inisiatif kukuhkan reformasi pendidikan negara

02 May 2024 11:13am
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang giat melaksanakan pelbagai inisiatif penting bagi mereformasikan pendidikan negara termasuk penstrukturan semula sistem prasekolah, kurikulum persekolahan 2027 dan intervensi kurikulum bagi menangani keciciran pembelajaran.

Menurut KPM dalam kenyataan media, kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan di bawahnya dalam memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada peringkat awal.

Kata mereka, tumpuan turut diberi kepada pembangunan profesionalisme guru dengan pelbagai program ditawarkan untuk meningkatkan kompetensi dan profesionalisme guru dalam perkhidmatan.

Dalam masa sama, KPM juga memperkenalkan platform Sistem Pengurusan Pembelajaran (SiPP) bagi memenuhi keperluan kompetensi digital guru.

Terdahulu, KPM mengambil perhatian laporan Bank Dunia bertajuk Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills berkenaan sistem pendidikan negara.

Menurut kenyataan itu, perkara utama yang disentuh dalam laporan Bank Dunia seperti kualiti dan akses pendidikan prasekolah, kecekapan murid serta pembangunan profesionalisme guru sememangnya berada dalam perhatian KPM.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok