Fadhlina (tiga dari kiri) melancarkan Program Makanan Kesihatan (PROMAK) dan PROMAK Riang Ria Nutri anjuran syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), di Alor Setar, Kedah pada Selasa.
Fadhlina (tiga dari kiri) melancarkan Program Makanan Kesihatan (PROMAK) dan PROMAK Riang Ria Nutri anjuran syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), di Alor Setar, Kedah pada Selasa.

KPM pandang serius kes gangguan seksual pelajar

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
25 Oct 2023 12:04pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan (KPM) memandang serius kes pelajar yang menjadi mangsa penderaan seksual kanak-kanak dan mengharapkan kerjasama seluruh warganya dalam menangani isu berkenaan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya sudah pun mengeluarkan garis panduan pengurusan gangguan seksual di peringkat institusi pendidikan sebelum ini.

Menurutnya, tindakan tegas undang-undang di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) adalah salah satu usaha kerajaan dalam melindungi golongan terbabit secara lebih berkesan.

“Kita komited dengan kenyataan dan peringatan tersebut dan di peringkat KPM, kita telah beri komitmen sepenuhnya (dalam menangani isu gangguan seksual ke atas pelajar).

“Sebab itu saya fikir penting untuk saya memperingatkan bahawa KPM tempoh hari sudah meluncurkan garis panduan pengurusan gangguan seksual di peringkat institusi pendidikan,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Makanan Kesihatan (PROMAK) dan PROMAK Riang Ria Nutri anjuran syarikat Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) di Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) pada Selasa.

Fadhlina
Fadhlina

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said bahawa tindakan pendakwaan boleh dikenakan ke atas guru sekolah, jiran dan ahli keluarga kepada kanak-kanak mangsa penderaan seksual sekiranya menyembunyikan kejadian berkenaan pada Isnin.

Menurutnya, tindakan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) itu adalah ke atas mereka termasuk orang awam yang gagal melaporkan kejadian menimpa mangsa kepada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

Ujar Fadhlina, pengenalan garis panduan yang diperkenalkan itu dapat menjadi panduan kepada setiap warga KPM dalam membasmi kes berkaitan salah laku dan gangguan seksual di institusi pendidikan.

“Kita berharap seluruh warga KPM memberi komitmen dalam pelaksanaan garis panduan ini bagi memastikan isu ini dapat diselesaikan,” tambahnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok