Screenshot (24)
Screenshot (24)

Calon SPM pulang Tahun Baru Cina tidak dibenarkan kembali ke asrama

Adlan Farhan Azwan
07 Feb 2022 11:30am
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) telah menetapkan pelajar bukan kelas peperiksaan yang pulang bercuti sempena perayaan Tahun Baharu Cina tidak dibenarkan untuk kembali ke asrama.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata, pelajar yang terlibat sebaliknya akan menjalani proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Menurut beliau, keputusan itu dibuat bagi memastikan pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak terdedah kepada risiko dijangkiti Covid-19.

“Hanya sebahagian kecil pelajar sahaja dibenarkan masuk ke asrama terlebih dahulu bagi memastikan kita dapat mengawal dengan baik jika berlaku jangkitan.

Baca juga Tilawah Amal Maya: Covid-19 tidak halang anak istimewa/autisme buktikan keupayaan luar biasa

Baca juga Beberapa sekolah di Johor ditutup ekoran penularan Covid-19

“Pelajar-pelajar juga perlu melakukan ujian kendiri pada hari pertama hadir ke asrama dan pada hari ke enam serta seterusnya pada hari ke-14.

“Ia adalah untuk memastikan kita dapat mengawal jangkitan di asrama dan KPM juga mengingatkan ibu bapa untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala,” kata beliau dalam satu video yang dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi miliknya.

Dalam pada itu, Radzi turut menjelaskan situasi semasa berkaitan peningkatan kes Covid-19 dalam sektor pendidikan yang semakin membimbangkan.

Beliau berkata, sehingga 1 Januari sehingga 1 Februari tahun ini, sebanyak 118,238 jumlah kumulatif kes Covid-19 dicatatkan dalam tempoh tersebut.

“Hanya 7.15 peratus (8,451 kes) daripada jumlah tersebut merupakan kes berkaitan kluster pendidikan, selebihnya melibatkan kluster lain-lain.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

"Secara keseluruhan terdapat 303 kluster di seluruh negara (1 Jan hingga 1 Feb) dan daripada jumlah kluster ini, 100 kluster atau 33 peratus, melibatkan institusi pendidikan di bawah KPM manakala 86 kluster atau 28.38 peratus membabitkan institusi bukan bawah KPM.

“Sebanyak 5,494 kes direkodkan secara keseluruhannya dan daripada 100 kluster itu, 96 daripadanya melibatkan institusi bawah KPM manakala empat lagi merupakan institusi swasta yang berdaftar bawah KPM," katanya.

Radzi turut menegaskan bagi minggu akan datang bermula Isnin, sekiranya anak-anak bergejala, ibu bapa perlu memastikan mereka tidak datang ke sekolah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok